Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
tanah jerlus arus deras
Gambar: BERNAMA

Mangsa Tanah Jerlus Dipercayai Dihanyutkan Arus Deras Bawah Tanah

Athirah

Mangsa Tanah Jerlus Dipercayai Dihanyutkan Arus Deras Bawah Tanah

Mangsa yang terjatuh dalam kejadian tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India pagi tadi dipercayai dihanyutkan arus deras bawah tanah, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang merupakan warga India itu memerlukan perancangan rapi kerana melibatkan infrastruktur awam.

Katanya, beliau difahamkan terdapat aliran air deras dan operasi SAR yang dijalankan telah meliputi kawasan hujung bawah tanah.

Namun begitu, mangsa masih belum ditemui sehingga setakat ini.

Warga India mangsa tanah jerlus dipercayai dihanyutkan arus deras bawah tanah

“Kita sekarang (SAR) ikut peringkat dan perbincangan dibuat dengan pihak Indah Water Konsortium (IWK) dan agensi berkenaan berhubung pelan (infrastruktur) sebab kita tidak boleh buat sesuka hati.

“Saya dimaklumkan jika kita buat penutupan (paip/parit), dikhuatiri mungkin berlaku banjir di lokasi,” katanya seperti dilaporkan oleh Sinar Harian.

Tambahnya, keadaan gas dibawah tanah adalah antara faktor lain yang turut perlu dipertimbangkan.

“Sehubungan itu, setiap tindakan yang diambil perlulah berstrategi dan dirancang rapi demi keselamatan semua,” katanya lagi.

Sekurang-kurangnya empat jengkaut berada di lokasi kejadian, terlibat operasi mengorek

Menurut Sinar Harian, tinjauan yang dibuat pihaknya mendapati terdapat sekurang-kurangnya empat buah jengkaut menjalankan operasi mengorek kawasan mendapan di lokasi kejadian.

Manakala SAR kini sudah pun memasuki tempoh 10 jam sejak panggilan kecemasan diterima JBPM Kuala Lumpur kira-kira 8.22 pagi tadi.

Timbalan Pengarah JBPM Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat berkata, operasi mengorek yang dilakukan bertujuan untuk meluaskan kawasan pencarian mangsa yang terjatuh.

Katanya, mangsa bersama keluarganya datang melangcong ke Malaysia kira-kira dua bulan lalu dan merancang untuk pulang semula ke India, esok.

BACA: Mendapan Pernah Berlaku Di Lokasi Sama Insiden Tanah Jerlus – Polis KL

BACA: 8.5 Juta Bakal Terima STR Fasa 3 Minggu Depan

BACA: Kejadian Arus Deras Dilapor Berlaku Di Kawasan Sekitar Kereta Kabel Langkawi, Telaga Tujuh

Sumber: Sinar Harian