Siakap Keli
perkeso sendiri

“Sampai Bila Nak Jadi Rider?” Ramai Mula Susah Hati, Merenung Nasib 10 Tahun Lagi

“Sampai bila kita akan kekal dengan kerja kita sekarang?”

Daripada isu keluarga, jarak ke tempat kerja, kewangan semasa, kesihatan hatta keselamatan pekerjaan menjadi antara faktor menyebabkan ramai antara kita berfikiran sedemikian. Adakah pekerjaan yang kita lakukan hari ini, mampu memberi jaminan keselesaan kita pada hari tua di saat kita sudah tidak berdaya?

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) suatu ketika dahulu, ramai yang kehilangan pekerjaan. Daripada sektor profesional, ada yang terpaksa menjadi pemandu, penghantar bungkusan atau makanan demi meneruskan kehidupan.

Situasi itu telah membuka mata orang ramai terhadap potensi industri gig, tak kurang juga ramai yang terinspirasi untuk menyertai industri tersebut bagi mendapatkan komisen yang tinggi.

Namun, langit tak selalu cerah. Penggiat industri gig kini berhadapan pelbagai cabaran antaranya isu keselamatan, masalah kesihatan serta bayaran komisen yang tidak tetap, bergantung kepada penyedia perkhidmatan.

Dengan tekanan dihadapi, ada antara pekerja gig yang susah hati memikirkan hari ke depan nanti. 

Tak kurang juga ada yang khuatir sekiranya tiada perlindungan jika berlaku kemalangan atau mempunyai masalah kesihatan.

Namun ada masanya kita tidak punya pilihan. Mahu tidak mahu, hidup perlu diteruskan. 

Mungkin ada yang belum tahu, individu yang bekerja sendiri juga boleh mendapatkan perlindungan daripada PERKESO bagi menjamin keselamatan pekerjaan mereka di masa hadapan.

Kerja sendiri tapi ada ‘pencen’, ini manfaat Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)

Untuk makluman, SKSPS ini diwujudkan untuk melindungi mereka yang bekerja sendiri sama ada peniaga, pekerja gig mahupun suri rumah sekiranya berlaku kemalangan ketika bekerja. 

Skim di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 ini menyediakan faedah kepada pencarum dan tanggungannya termasuk menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani atau vokasional serta pengurusan jenazah.

perkeso sendiri

Malah, jika berlaku kematian pencarum, orang tanggungan boleh menerima pencen sebanyak 90 peratus daripada pendapatan bulanan semasa hidup.

Berikut adalah senarai manfaat buat pencarum,

  • Faedah Perubatan – Jika berlaku kemalangan semasa bekerja, pencarum boleh mendapatkan rawatan percuma di klinik panel PERKESO atau hospital kerajaan, selain boleh membuat tuntutan bagi perbelanjaan di klinik bukan panel PERKESO.
  • Faedah Hilang Upaya Sementara – Pencarum boleh membuat tuntutan antara RM30 hingga RM105.33 sehari bagi setiap hari tidak dapat bekerja kerana sakit, berdasarkan pelan caruman yang dipilih. 
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Faedah Orang Tanggungan – Orang tanggungan boleh mendapat pencen 90% daripada pendapatan pencarum jika pencarum meninggal dunia.
  • Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM3,000 untuk urusan pengebumian
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
  • Faedah Pendidikan

Maklumat lanjut tentang faedah ditawarkan SKSPS, rujuk sini

Buat pekerja sendiri, pastikan anda mendapat perlindungan sewajarnya, jangan lupa ikuti perkembangan terkini Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di laman media rasmi mereka di sini.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: