Siakap Keli
Operasi Bahaya
Kredit: Astro Awani

Operasi Cari Mangsa Tanah Jerlus Bahaya Kerana Ada Gas Beracun Dalam Pembetung

Operasi Cari Mangsa Tanah Jerlus Bahaya Kerana Ada Gas Beracun Dalam Pembetung

Susulan kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, gas beracun yang berada dalam pembetung mampu membahayakan pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menurut Astro Awani, keadaan itu berbahaya kepada pasukan SAR meskipun arus air tidak deras dan paras air tidak terlalu tinggi di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kuala Lumpur, Fatta M Amin berkata, mengambil kira situasi tersebut, hanya seorang anggota dibenarkan masuk ke ‘manhole’ bagi mencari mangsa kejadian tanah jerlus.

KP Daerah Dang Wangi menasihati orang awam untuk tidak mengunjungi kawasan itu

“Dalam pembetung, saiznya agak besar tapi bagi mengelak kecelakaan berlaku, kita letakkan seorang pegawai sahaja untuk masuk ke situ.

“Sebab bawah itu penuh dengan gas beracun. Anggota yang masuk pun pakai sut lengkap supaya tiada gas beracun dihidu anggota bertugas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman memberi nasihat kepada orang awam supaya tidak mengunjungi kawasan kejadian untuk sementara waktu ini.

Minta kerjasama orang awam untuk beri ruang kepada pihak berkuasa

“Kita minta kerjasama daripada orang awam untuk berikan ruang kepada pihak berkuasa jalankan operasi pencarian.

“Kita juga ingin beri nasihat kepada peniaga untuk menutup perniagaan sementara.

“Kita hendak elakkan gas yang berada di ‘manhole’ ini kerana kita bimbang ia akan beri kesan tidak baik kepada kesihatan mereka,” ujar Sulizmie.

Terdahulu, mangsa, Jayaletchumy yang berusia 48 tahun dilapor tiba-tiba terjatuh ke dalam lubang anggaran lapan meter di kawasan Jalan Masjid India dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi.

Menurut laporan media, mangsa merupakan pelancong warga India dan sepatutnya pulang ke negara itu, hari ini.

BACA: Polis Saran Peniaga Di Masjid India Tutup Premis Sementara, Elak Risiko Gas Beracun

Sumber: Astro Awani

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.