Siakap Keli
Tolong selamatkan ibu anak
Kredit: Sinar Harian

“Tolong Selamatkan Ibu Saya”, Rayuan Anak Mangsa Tanah Jerlus

“Tolong Selamatkan Ibu Saya”, Rayuan Anak Mangsa Tanah Jerlus

Anak sulung kepada mangsa tanah jerlus, Surya, 26, ternyata tidak dapat menahan sebak dan merintih apabila melihat pasukan operasi dan menyelamat (SAR) ibunya di lokasi kejadian, hari ini.

“Tolong selamatkan ibu saya”, rayu pemuda itu seperti dilaporkan Sinar Harian.

Difahamkan, pemuda yang berbaju kemeja putih itu baharu tiba dari Thailand dan berada di lokasi kejadian kira-kira jam 9.20 malam tadi.

Bagaimanapun, pemuda itu kemudiannya ditenangkan oleh bapa dan keluarganya yang berada di tempat kejadian sebelum beredar ke lokasi lain.

“Tolong selamatkan ibu saya”, anak mangsa tanah jerlus rayu pasukan penyelamat selamatkan ibunya

Mangsa tanah jerlus yang dikenali sebagai Vijayaletchumi, 48, berada di Malaysia untuk melancong dan dijangka akan pulang ke India pada esok.

Bagaimanapun, mangsa terlibat dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India pagi tadi dan masih belum ditemui sehingga ke saat ini.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Shariff tiba di lokasi kira-kira jam 8 malam dan sempat bertemu dengan suami mangsa.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam satu kenyataan berkata mangsa dipercayai telah dibawa oleh arus deras di bawah tanah.

Setiap tindakan yang diambil perlu berstrategi

Tambah Rusdi, operasi SAR yang dilaksanakan meliputi kawasan sehingga hujung bawah tanah. Bagaimanapun, operasi yang dijalankan memerlukan perancangan rapi kerana melibatkan infrastruktur awam.

Disebabkan itu, semua tindakan yang dibuat perlu berstrategi dan dirancang dengan rapi. Ia bagi memastikan keselamatan orang awam dan pasukan penyelamat terjaga.

BACA: Mangsa Tanah Jerlus Dipercayai Dihanyutkan Arus Deras Bawah Tanah

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: