Siakap Keli
kerja sendiri

Pernah Pilih Untuk Kerja Sendiri, Pemuda Akui Menyesal, Risau Dengan Risiko Mendatang

Bila kita bercakap tentang mencari rezeki ni, memang tiada istilah penat. Lebih-lebih lagi jika kita kerja sendiri. Kalau malas nak berusaha, memang susahlah nak dapat rezeki. Semuanya terpulang kepada kita sama ada ingin melakukannya atau tidak.

Sebabnya, kalau betul ia rezeki kita tak kira apa keadaannya ia tetap akan menjadi milik kita dan begitu juga sebaliknya.

Ada macam-macam perkara yang kita kena fikir. Namun, tak dinafikan ada juga dari kita yang memikirkan apa risiko yang mungkin boleh terjadi seperti kesihatan dan pendapatan yang tidak menentu.

Inilah kerisauan rata-rata individu yang bekerja sendiri, termasuk seorang pemuda yang berkongsi luahan di akaun media sosial miliknya. Berikut adalah luahannya,

“Ingat buat bisnes boleh kaya, aku pun terus berhenti kerja.

“Termakan kata-kata ‘Sampai bila nak kerja 8-5’, aku pun decide untuk berniaga. Iyalah, mana tak syok kan tengok founder muda-muda lagi dah pakai kereta besar, duit kepuk-kepuk. Aku pun nak.

“Ramai cakap bisnes atau kerja sendiri ni susah, tapi aku yakin aku boleh buat. Lepas berhenti kerja, aku buat bisnes jual roti & bakeri. Pergh masa tu baru terbuka mata aku. Bukan senang ye nak meniaga. Jangan expect dua tiga bulan meniaga kau terus boleh berjaya. Memanglah tak kerja 8-5, sebab aku kerja selagi celik mata. Malam sebelum tidur pun fikir pasal niaga,” ujarnya.

Tambah pemuda itu, dia memiliki seorang rakan yang telah lama berniaga. Rakannya itulah yang setia memberi sokongan dalam dunia perniagaan. Namun situasi berubah apabila si rakan jatuh sakit.

“Aku ada sorang kawan yang dah lama kerja sendiri, dia la banyak tolong aku kongsi ilmu berniaga. Kalau aku down, dia ada.

“Tapi nak dijadikan cerita, baru-baru ni dia terpaksa rehat sebab faktor kesihatan. Bisnes dia yang makin maju jadi agak terganggu sebab tak ada siapa yang boleh take over uruskan kedai sebaik dia. Bila dah jadi macam ni, risau pulak aku.

“Orang yang dah lama bisnes pun ada naik turun, apatah lagi yang setahun jagung macam aku.

“Kadang ada rasa menyesal jugak kerja sendiri. Kalau dulu makan gaji, kau mc pun hujung bulan duit masuk. Sekarang dah berbeza. Tapi nak mengeluh lama-lama pun takde guna. Aku dah pilih jalan ni, korang doakan aku berjaya,” katanya.

Bagi yang nak mula bekerja sendiri, kalau nak buat keputusan berhenti kerja tu kena ada buat perancangan awal terlebih dahulu. Nak lagi baik, selain perancangan awal, kena sediakan satu lagi perancangan tambahan sebagai satu bentuk sokongan kepada perancangan awal tadi. Tak bolehlah jika nak bergantung dengan harapan dan kejayaan orang semata-mata.

PERKESO Anjur Seminar Khas Untuk Individu Bekerja Sendiri & Pekerja Platform

Pada 27 dan 28 Ogos ini, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bakal menganjurkan seminar khusus buat mereka yang bekerja sendiri iaitu Seminar Teknikal ISSA 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Dengan fokus untuk meningkatkan perlindungan keselamatan sosial buat pekerja sendiri, seminar ini akan menampilkan beberapa moderator termasuk CEO PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, merangkap Presiden Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA).

Bakal diadakan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris, Seminar Teknikal ISSA 2024 ini juga menampilkan pakar dari luar negara bagi membincangkan cabaran serta mencari solusi mengukuhkan lagi inisiatif kesihatan dan keselamatan sosial pekerja sendiri di rantau Asia dan Pasifik.

kerja sendiri

Tidak dinafikan, bekerja sendiri ni juga menghasilkan pendapatan yang lumayan. Namun, jangan kita pandang sebelah mata dengan risiko yang akan dihadapi.

Dengan adanya Seminar Teknikal ISSA 2024 ini, secara tidak langsung boleh memberi keyakinan kepada golongan yang bekerja sendiri dan pekerja platform bahawa mereka juga berhak mendapat perlindungan sewajarnya.

Secara jelasnya, Seminar Teknikal ISSA 2024 ini, secara tidak langsung ia dapat bantu korang lebih memahami tentang perlindungan sosial bagi yang bekerja sendiri dan pekerja gig. Sama-sama kita menangani kepelbagaian dan keperluan dua kategori pekerjaan tersebut.

Adib Mohd