Penumpuan Angin Di Selat Melaka, Ramalan Ribut Petir & Hujan Lebat Sehingga 28 Ogos
Jabatan Meteorogi Malaysia (MET Malaysia) hari ini memaklumkan bahawa penumpuan angin dijangka berlaku di Selat Melaka sehingga 28 Ogos 2024.
Menerusi Facebooknya, METMalaysia berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan analisis ke atas model-model cuaca yang dibuat pihaknya.
Keadaan itu seterusnya berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang, terutamanya di negeri-negeri Utara dan Tengah Semenanjung.
Orang ramai dinasihatkan sentiasa rujuk laman sesawang rasmi MET Malaysia
“Sementara itu, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang juga boleh berlaku di negeri-negeri lain di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak pada waktu petang hingga ke malam,” kata METMalaysia lagi.
Dalam pada itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia.
Orang awam juga boleh memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
BACA: Jangan Leka, Ini 10 Tip Penjagaan Kereta Supaya Tahan Lama
BACA: Operasi Cari Mangsa Tanah Jerlus Bahaya Kerana Ada Gas Beracun Dalam Pembetung
BACA: Polis Saran Peniaga Di Masjid India Tutup Premis Sementara, Elak Risiko Gas Beracun
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid026aZkzH9SvfuBrnYJBcTTqKpAK31cE1XV2N6uCycx8SEXf94t62eDUJBtMBxWgKhCl