Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
resorts world genting
(Dari kiri) Dato' Sri Kay Atisha, Encik Peter Foster (kanan) dan sukarelawan G3 bergambar bersama selepas Pertunjukan Fesyen Merdeka 'Ini Jiwa Kita' di First World Plaza, Resorts World Genting.
Tiada Kategori

Resorts World Genting Sambut Hari Kemerdekaan Bersama Anak-Anak Yatim BRDB Rotary Children’s Residence Home

Nurul Naqiyah

Resorts World Genting Sambut Hari Kemerdekaan Bersama Anak-Anak Yatim BRDB Rotary Children’s Residence Home

Genting Highlands, 21 Ogos 2024 – Resorts World Genting (RWG) dengan jayanya telah menganjurkan Pertunjukan Fesyen Merdeka bertemakan “Ini Jiwa Kita” di Malay Village, First World Plaza, yang menghimpunkan kanak-kanak dari Rumah BRDB Rotary Children’s Residence dalam satu sambutan penuh kegembiraan dan keceriaan.

Persembahan dari kanak-kanak ini telah memukau penonton dengan pelbagai pakaian tradisional yang unik dan berwarna-warni, dihiasi dengan dekorasi bertemakan Kemerdekaan rekaan mereka sendiri. Sukarelawan Genting Green Generation (G3) RWG memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak ini menambahkan elemen kreatif melalui hiasan tampalan dan perhiasan istimewa pada pakaian mereka.

Kolaborasi ini menjadikan pertunjukan fesyen sebagai memori yang tidak dapat dilupakan. Sokongan dan bimbingan penuh ikhlas daripada sukarelawan G3 adalah program sukarelawan kakitangan RWG yang berdedikasi kepada penglibatan komuniti dan mempromosikan kelestarian.

Turut hadir dalam acara tersebut ialah Datuk Chan Kam Fatt, Pengerusi Rumah BRDB Rotary Children’s Residence, Dato’ Sri Kay Atisha Parasuraman, Naib Presiden Perhubungan Korporat dan Komunikasi, serta Encik Peter Dewey Foster, Naib Presiden Eksekutif Hospitaliti dan Gaya Hidup, yang berperanan sebagai juri dalam Pertunjukan Fesyen Merdeka yang istimewa ini.

resorts world genting
Kanak-kanak dari Rumah Kanak-Kanak BRDB Rotary melangkah dengan penuh bangga di atas karpet merah semasa Pertunjukan Fesyen Merdeka ‘Ini Jiwa Kita’.

Dalam ucapannya, Dato’ Sri Kay Atisha Parasuraman melahirkan rasa gembira beliau dengan berkata, “Sempena sambutan Merdeka hari ini, kita berkumpul sebagai satu keluarga Malaysia untuk menghargai dan mengiktiraf setiap lapisan masyarakat. Acara ini adalah cara yang bermakna untuk memberi penghargaan kepada kanak-kanak yang merupakan sebahagian daripada kehidupan kita, serta menyediakan peluang untuk mempelajari dan meraikan kepelbagaian budaya Malaysia yang kaya dan berharga.”

Pertunjukan fesyen ini menampilkan enam kumpulan kreatif iaitu Bunga Raya, Harimau Malaya, Jalur Gemilang, Rafflesia, Gunung Kinabalu, dan Keris, yang masing-masing mempersembahkan interpretasi unik mereka tentang Merdeka. Kriteria penjurian memfokuskan pada reka bentuk patriotik, penggunaan bahan dan warna yang inovatif, serta penjiwaan semangat Merdeka.

Tiga kumpulan terbaik dianugerahkan hamper makanan, manakala semua kumpulan yang menyertai menerima hadiah istimewa sebagai penghargaan terhadap usaha dan kreativiti mereka.

Selepas pertunjukan fesyen, kanak-kanak ini menikmati pengalaman menyeronokkan di Taman Tema Tertutup Skytropolis, di mana mereka berpeluang mencuba pelbagai permainan dan tarikan yang mendebarkan.

Sebagai kenangan istimewa daripada lawatan ke RWG, setiap kanak-kanak menerima beg cenderamata yang mengandungi set alat tulis dan buku nota.

resorts world genting
(Dari kiri) Datuk Chan Kam Fatt, Dato’ Sri Kay Atisha (tengah) dan Encik Peter Foster (kanan) menyerahkan bakul makanan dan hadiah kepada pasukan yang menang.

Datuk Chan Kam Fatt, Pengerusi Rumah BRDB Rotary Children’s Residence, melahirkan rasa terima kasihnya dengan berkata, “Kami amat menghargai Resorts World Genting atas penganjuran acara yang begitu hebat ini. Kanak-kanak sangat gembira dapat menyertai pertunjukan fesyen dan menikmati masa yang menyeronokkan di Skytropolis. Ia adalah hari yang penuh kegembiraan dan pengalaman yang tidak akan dilupakan.”

Resorts World Genting terus komited dalam memupuk semangat keterangkuman dan memberikan impak positif kepada komuniti. Program G3 dengan Pertunjukan Fesyen Merdeka “Ini Jiwa Kita” menjadi bukti dedikasi resort ini dalam mencipta pengalaman yang menggembirakan dan bermakna untuk semua.