Siakap Keli
Konsesi Puspakom tamat
Gambar: Bernama

Tempoh Konsesi Puspakom Tamat 31 Ogos Ini Tidak Akan Disambung

Tempoh Konsesi Puspakom Tamat 31 Ogos Ini Tidak Akan Disambung

PUTRAJAYA — Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew hari ini memaklumkan tempoh konsesi Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) yang tamat pada 31 Ogos 2024 ini tidak akan disambung oleh kerajaan, lapor Astro Awani.

Kata Loke, pemain industri berkelayakan yang lain turut berpeluang untuk terlibat dalam pemeriksaan kenderaan bermotor selepas penamatan konsesi tersebut.

Beliau turut berkata di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Puspakom merupakan syarikat pertama yang diberi kuasa untuk memeriksa kenderaan bermotor.

Walaupun kerajaaan telah mengumumkan penamatan konsesi ini, ia tidak bermakna syarikat Puspakom ditutup.

Beliau menegaskan pelaksanaan ini menjadikan Puspakon tiada lagi hak eksklusif dan masih boleh beroperasi seperti biasa sekaligus perlu bersaing dengan pemain industri yang lain.

“Setakat ini, sambutan daripada industri yang ditetapkan di bawah Akta 333 adalah sangat positif.

“Kementerian Pengangkutan akan menilai semua permohonan dan akan mengumumkan pemain baharu dalam masa terdekat.

“Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus pantau, supaya perkhidmatan disediakan adalah teratur, patuhi standard dan bagi memastikan perkhidmatan berkualiti disediakan kepada pelanggan.

“Kerajaan juga menjemput mana-mana pihak berkelayakan untuk memohon pemberian kuasa bagi melaksanakan dan menyediakan perkhidmatan sama di negara kita,” jelas Loke.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Loke berkata setakat ini terdapat dua permohonan rasmi telah diterima dan 50 penyertaan daripada syarikat lain.

Loke juga memaklumkan permohonan tersebut boleh diuat di laman web rasmi JPJ dan Kementerian Pengangkutan sebelum tarikh tutup pada 31 Oktober 2024.

“Sekarang ini tiada lagi konsesi, jadi Puspakom akan beroperasi tapi perlu bersaing dengan pemain industri lain.

“Apa sahaja dilaksanakan mereka sebelum ini boleh diteruskan seperti biasa, cuma ada pemain baharu yang mereka kena bersaing.

“Saya yakin mereka mampu kerana mereka sudah ada pengalaman lama dalam industri ini dan rangkaian mereka juga besar,” katanya pada sidang media khas berkaitan isu tersebut di Ibu Pejabat MOT di Putrajaya hari ini.

Sumber: Astro Awani

BACA: Mohd Zuki Ali Dilantik Pengerusi Baharu KWSP, Berkuat Kuasa Mulai 1 September

BACA: Terbabas Langgar Penghadang Jalan, Lelaki Maut Dirempuh Ketika Tunggu Bantuan

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.