Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
lelaki maut ketika tunggu bantuan
Sumber: Sinar Harian

Terbabas Langgar Penghadang Jalan, Lelaki Maut Dirempuh Ketika Tunggu Bantuan

Hannah

Terbabas Langgar Penghadang Jalan, Lelaki Maut Dirempuh Ketika Tunggu Bantuan

Seorang lelaki berusia 31 tahun maut apabila dilanggar sementara menunggu bantuan selepas terlibat dalam satu kemalangan.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kilometer 258.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada Isnin, sekitar pukul 5.45 pagi.

Difahamkan, mangsa ketika kejadian sedang dalam perjalanan dari Cyberjaya ke Batu Pahat, Johor.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, memaklumkan bahawa sebelum insiden itu, kereta Perodua Myvi yang dipandu mangsa telah terbabas dan merempuh besi penghadang di bahu kiri jalan.

“Mangsa kemudian turun dan berhenti di sebelah kiri jalan untuk menunggu bantuan.

“Namun selang beberapa minit, sebuah kereta Proton Persona yang berada di lorong kanan telah terbabas dan berpusing masuk ke lorong kiri lalu melanggar mangsa dan keretanya,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Akibat kejadian terbabit, mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian perut dan kaki, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemandu Proton Persona yang berusia 36 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Manakala, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban bagi tindakan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Tiew Chuan Jie di talian 014-9668399 atau boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati semasa memandu.

Hal ini terutamanya pada waktu malam dan dalam cuaca buruk untuk mengelakkan kemalangan.

BACA: Video Tular Orang Awam Selamatkan Mangsa Kereta Terbabas Jatuh Sungai

BACA: Tanah Jerlus Masjid India: Anggota Bomba Kongsi Detik Operasi Cari Mangsa

BACA: KD Pendekar Milik TLDM Tenggelam Sepenuhnya, 39 Kru Selamat

Sumber: Sinar Harian