Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Bomba Tanah Jerlus Masjid India
Gambar: Bernama

Tanah Jerlus Masjid India: Anggota Bomba Kongsi Detik Operasi Cari Mangsa

Iqbal Yasir

Tanah Jerlus Masjid India: Anggota Bomba Kongsi Detik Operasi Cari Mangsa

KUALA LUMPUR — Arus deras dan lubang yang dalam tidak menjadi penghalang buat seorang anggota bomba meneruskan pencarian mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, lapor Sinar Harian.

Berkongsi detik ketika melakukan operasi pencarian, Pegawai Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Penguasa Kanan Bomba I, Alimaddia Bukri berkata beliau memilih untuk melawan perasaan takut dan menyerahkan segalanya kepada tuhan.

“Masa turun ke bawah lubang… memang takut, tapi ini memang tugas anggota bomba, kena lawan perasaan takut dan berserah kepada-Nya.

“Kami terpaksa membuat selaman di dalam air kumbahan, arus deras dengan penglihatan terhad (zero visibility) serta akses kecil menyukarkan pergerakan dan pencarian mangsa,” kongsinya.

Tambah Alimaddia, beliau turut memberitahu pasukan penyelamat dalam operasi berkenaan juga berdepan dengan risiko tinggi susulan hujan lebat.

“Di lubang itu ada saliran kumbahan dan saliran lain, memang dalam (lubang) itu… Semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan kita semua.

“Kami telah berbincang dan mendapatkan nasihat daripada pakar yang berkaitan, sebelum membuat apa-apa keputusan dalam operasi ini,” kongsinya.

Luah Alimaddia, bangsa, agama, usia, kaya atau miskin dan kewarganegaraan sama sekali tidak dipandang dalam operasi pencarian itu.

“Kami akan buat apa sahaja, sedaya upaya kepada sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan atau malapetaka, setiap kami mempunyai jiwa penyelamat yang sangat tinggi.

“Kepada keluarga mangsa, usah kuatir… kami akan cari mangsa seperti kami mencari dan menyelamat keluarga kami yang berada dalam kesusahan,” jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengucapkan terima kasih terhadap orang ramai yang tidak berhenti mendoakan pasukan penyelamat dalam operasi tersebut.

“Syukur terhadap semua pihak yang menghargai tugas kami,” katanya.

Klip berdurasi 57 saat antara momen yang turut dikongsi oleh beliau yang menggambarkan keadaan sebenar yang dihadapi Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Sebelum ini, seorang wanita warga India Vijayaletchumy, 48, dilaporkan hilang dalam satu kejadian tanah jerlus sedalam kira-kira lapan meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

JBPM Kuala Lumpur mengesahkan menerima laporan pada jam 8.22 pagi berhubung insiden berkenaan.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan BBP Hang Tuah telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sumber: Sinar Harian

BACA JUGA: Ribut Petir, Hujan Lebat Di Lima Negeri Petang Ini

BACA JUGA: Tanah Jerlus: Pasar Malam Lorong TAR Ditutup Sementara – DBKL