Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KD Pendekar Milik TLDM Tenggelam Sepenuhnya, 39 Kru Selamat

Iqbal Yasir
kapal kd pendekar tenggelam
Gambar: X

KD Pendekar Milik TLDM Tenggelam Sepenuhnya, 39 Kru Selamat

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) — Kapal Diraja (KD) Pendekar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengalami kebocoran dan kebanjiran besar di kedudukan dua batu nautika di Tenggara Tanjung Penyusop, Johor tenggelam sepenuhnya pada jam 3.54 petang.

TLDM dalam kenyataan memaklumkan usaha pantas komuniti maritim bagaimanapun telah berjaya menyelamatkan kesemua 39 kru KD Pendekar sebelum kapal ditenggelami air sepenuhnya dan tiada kecederaan dilaporkan.

“Mereka kini berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan di KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, Johor,” menurut kenyataan itu.

TLDM memaklumkan usaha menyelamatkan kapal melalui operasi salvaj masih dalam proses pelaksanaan, selain aset TLDM juga ditempatkan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan semasa dan keselamatan persekitaran.

TLDM terdahulu mengesahkan KD Pendekar mengalami kebocoran dan kebanjiran besar disebabkan terlanggar objek bawah air ketika sedang melaksanakan penugasan operasi jam 12 tengah hari tadi.

Susulan itu, TLDM akan menubuhkan lembaga siasatan khas dengan kadar segera bagi mengenal pasti punca kejadian.

TLDM juga menasihatkan orang awam untuk tidak menyebarkan maklumat insiden yang tidak sah dan perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui sumber rasmi pasukan keselamatan itu.

https://www.facebook.com/photo/?fbid=826098606313720&set=a.185227880400799

Sumber: TLDM

BACA: Tular Rakaman Detik Cemas Kru Kapal TLDM KD Pendekar Ketika Diselamatkan

BACA JUGA: Minta Sunting Gambar Atas Kapal, Netizen Terus Hantar ‘Selamat Berlayar’

BACA JUGA: “Hati-hati Datang Malaysia…” Warga Asing Akui Ketagih Dengan Malaysia