“Healing Gone Wrong…” Netizen Terhibur Kereta Sewa Dibawa Gadis ‘Terjun’ Tasik
Pernah tak korang dengar, ayat orang tua-tua selalu cakap “kalau nak seronok-seronok jangan melebih, nanti ada yang menangis“?
Mesti pernah, bukan? Sebenarnya, orang-orang dahulu berkata demikian bukanlah untuk menakut-nakutkan tetapi sebagai peringatan kepada golongan yang lebih muda agar berhati-hati dalam apa jua aktiviti yang dilakukan.
Ini kerana kadangkala dalam keseronokan terselit insiden atau perkara yang tidak diingini berlaku, ibarat malang tidak berbau.
Misalnya, seperti kejadian yang menimpa sekumpulan gadis, di mana tular satu video memaparkan tiga sahabat menaiki kenderaan bermotor untuk bersiar-siar namun sebaliknya lain pula yang jadi.
Healing gone wrong…

Menerusi hantaran Rabiatul Adawiyah di Tiktok, kenderaan yang dibawa mereka (dipercayai disewa) hilang kawalan sebelum ‘termasuk’ ke dalam air tasik.
“Orang tua-tua pesan nak seronok boleh tapi jangan terlampau seronok nanti boleh habuan. Maka dengan itu berlaku lahh satu tragedi yang tak diinginkan.
“Nak healing sangatkan, dah healang kawalan hmmmm,” memetik kapsyen yang ditulis.
Menurut Rabiatul pada ruangan komen, difahamkan pada awalnya kenderaan yang dibawa itu mahu mengelak daripada orang yang bersenam di laluan mereka.
Bagaimanpun, ketika itu mereka telah menggunakan jalan yang tidak rata sebelum hilang kawalan lalu termasuk ke dalam air.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen pecah perut melihat gelagat tiga rakan tersebut.
Apatah lagi, ketika kejadian lima lelaki yang tidak dikenali terpaksa membantu bagi membawa naik kenderaan tersebut.
Berikut antara komen netizen;
“Mana pemandunya? Hahahaha ni mesti gelak tak henti,” komen salah seorang pengguna.
“Weh, macam mana boleh masuk?” komen seorang lagi pengguna.
“Hahahah ni terlebih laju ke?” seloroh seorang lagi.
“Ya Allah, sabar ya awak. Bila terjadi ni, semua ok ke. Kalau tak biasa bawa jangan bawa, nasib masuk dekat sungai. Kalau terlanggar orang, macam mana pulak. Hati-hati ok,” nasihat seorang lagi pengguna yang turut bersimpati.
Untuk maklumat, video ini telah mendapat lebih 500,000 tontonan dengan lebih 40,000 tanda ‘suka’ dan pelbagai komen pengguna.
@rabiatuladawiyahhh02 Orang tua tua pesan nk seronok boleh tapi jangan terlampau seronok nnti buleh habuan maka dgn itu berlaku lahh satu tragedi yg tak diingin kann 🥹 nak healing sgt kann dah healang kawalan hmmmm 😭🤣
Sumber: TikTok @rabiatuladawiyahh02