Siakap Keli
Nur Humaira Syafiqah Ditemui Selamat
Gambar: Sinar Harian

Hilang Sejak Jumaat, Nur Humaira Syafiqah Ditemui Selamat

Hilang Sejak Jumaat, Nur Humaira Syafiqah Ditemui Selamat

Remaja perempuan yang dilapor hilang sejak Jumaat lepas telah ditemui di kawasan Kampung, Jawa Jalan Tengku Osman, di Tawau.

Menurut Sinar Harian, Nur Humaira Syafiqah Naldi, 15, ditemukan dalam keadaan selamat pada pukul 1 pagi, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin mengesahkan penemuan remaja berkenaan dan masih menyiasat perkara itu.

“Mangsa telah dijumpai pada jam 1 pagi tadi dan sekarang berada di Balai Polis Tawau untuk siasatan lanjut,” katanya seperti dilaporkan dalam Sinar Harian.

Terdahulu, Polis Daerah Tawau membuka kertas siasatan orang hilang selepas pihaknya menerima laporan berkenaan kehilangan remaja tersebut, kata Jasmin lagi.

Malah pada Isnin, Sinar Harian juga melaporkan bahawa ahli keluarga Nur Humaira Syafiqah turut memohon bantuan orang ramai membantu mengesan keberadaan remaja tersebut.

Menurut kakaknya, Ayu yang berusia 39 tahun, kali terakhir adiknya dilihat adalah di rumah mereka pada jam 5 pagi di Kampung Tanjung Keramat, di Tawau.

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.