Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
1.4 juta ketibaan china
Gambar: BERNAMA

Malaysia Terima Lebih 1.4 Juta Pelancong China Setakat Jun

Azizah Najib

Malaysia Terima Lebih 1.4 Juta Pelancong China Setakat Jun

SEPANG, 27 Ogos (Bernama) — Malaysia telah menerima 1,449,711 pelancong dari China setakat Jun 2024, kata Tourism Malaysia.

Jumlah itu adalah peningkatan memberangsangkan sebanyak 190.8 peratus berbanding tempoh sama pada 2023 yang menyaksikan 498,540 ketibaan.

Dalam kenyataan hari ini, Tourism Malaysia berkata pengenalan kemasukan tanpa visa untuk pelancong China berkuat kuasa 1 Dis 2023 sehingga 31 Dis 2026 telah meningkatkan pertanyaan dan tempahan ke Malaysia dari China.

BACA: Lesen Memandu Indonesia Akan Diiktiraf Di Asia Tenggara Mulai Jun 2025

Terdahulu pada 25 Ogos, Malaysia turut mengalu-alukan penerbangan sulung 9 Air yang tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini.

9 Air ialah syarikat penerbangan tambang rendah di China dan satu-satunya syarikat penerbangan tambang murah yang memberi perkhidmatan di Tengah dan Selatan China dengan pangkalan operasi utamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun.

Perkhidmatan baharu antara Guiyang dan Kuala Lumpur akan beroperasi setiap minggu, menggunakan pesawat Boeing 737-800 dengan kapasiti 189 penumpang.

BACA: 8.5 Juta Bakal Terima STR Fasa 3 Minggu Depan

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Manoharan Periasamy serta wakil dari 9 Air dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) secara peribadi mengalu-alukan penumpang dalam penerbangan AQ1211 dari Guiyang.

Sebelum ini, 9 Air mengendalikan penerbangan ke Thailand, Rusia, Jepun dan Laos dengan Malaysia menjadi tambahan terkini kepada laluan antarabangsanya.

Perkhidmatan baharu ini, khusus untuk pelancong dari Guiyang ke Malaysia, menandakan titik perubahan penting dalam pembangunan pelancongan di Wilayah Guizhou.

BACA: Elaun Untuk Anak & Cuti 3 Hari Seminggu, Ini 4 Negara “Best” Ramai Pekerja Suka

“Dengan penerbangan terus ini, pelancong China kini boleh menerokai pelbagai tarikan Malaysia dengan mudah, daripada Menara Berkembar Petronas yang ikonik di Kuala Lumpur ke pantai-pantai indah di Pulau Langkawi, keindahan budaya Melaka dan peluang untuk merasai tarikan kebudayaan unik, mercu tanda bersejarah serta keenakan masakan Malaysia yang terkenal,” tambah kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA