Siakap Keli
mpl malaysia

MPL Malaysia Menjadi MPL M6laysia Bagi Musim Ke-14

MPL Malaysia Menjadi MPL M6laysia Bagi Musim Ke-14

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 27 Ogos – MOONTON Games, disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Esports Intergrated (ESI), hari ini mengumumkan kembalinya Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Professional League Malaysia (MPL) untuk Musim ke-14 – musim terakhir sebelum negara kita menyambut kedatangan pasukan-pasukan MLBB terbaik dari seluruh dunia untuk Kejohanan Dunia M6.

Tumpuan penuh bagi kejohanan antarabangsa yang bakal mengukuhkan era baharu esukan MLBB Malaysia, liga esukan paling lama dan popular di Malaysia akan dinamakan semula sebagai “MPL M6laysia” sepanjang Musim Ke-14.

Fikri Rizal Mahruddin, Ketua Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan di MOONTON Games, berkata: “Pada bulan lepas, Selangor Red Giants telah melakar sejarah apabila meraih kejuaraan antarabangsa pertama Malaysia dalam kejohanan MLBB Mid Season Cup (MSC) di Esports World Cup.

Setelah hampir lima tahun, Malaysia tidak pernah mencapai kejayaan sedemikian di pentas antarabangsa. Walaupun dengan pencapaian besar ini, penghargaan terbesar dalam sejarah MLBB masih belum kita capai – gelaran juara M Series.

Kini, semua mata tertumpu kepada kita sebagai tuan rumah Kejohanan Dunia M6, di mana kita mempunyai dua slot di Peringkat Utama.

Fikri menambah lagi: “Musim ke-14 ini adalah peluang bagi pasukan-pasukan untuk layak ke pentas kompetitif terbesar MLBB di hadapan peminat tempatan kita. Kali terakhir pasukan-pasukan mempunyai peluang seperti ini adalah lima tahun yang lalu, semasa Kejohanan Dunia M1! Disebabkan itu, liga ini akan dinamakan ‘MPL M6laysia’ pada musim ini – sebagai peringatan berterusan mengenai kepentingan musim ini dan cita-cita kita untuk membawa kegemilangan kepada Malaysia.”

MPL M6laysia Season 14 akan menawarkan hadiah terkumpul sebanyak USD 100,000 (~MYR 437,000).

KPRJ dan JD Sports memasuki arena kompetitif MLBB!

mpl malaysia

MOONTON Games telah mengumumkan senarai penaja untuk MPL M6laysia Season 14. Hotlink, pembekal telekomunikasi terkemuka di Malaysia, kembali untuk mempersembahkan MPL M6laysia untuk mengoptimumkan  rangkaian liga dan memberikan pengalaman permainan terbaik.

Komuniti esports boleh menggunakan rangkaian 5G Hotlink untuk mendapatkan pengalaman bermain MLBB dengan rangkaian yang tiada tandingan.

Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) akan menguasai MPL M6laysia Season 14, termasuklah dengan membawa peringkat Playoff Musim Ke-14 ke Johor.

Dinamakan sebagai “Southern Festival”, Playoff MPL M6laysia Season 14 merupakan kali pertama liga ini dianjurkan di luar kawasan Lembah Klang dan akan menampilkan program-program menarik yang bakal menggabungkan esukan dengan aktiviti gaya hidup lain seperti muzik dan hiburan.

Selain itu, JD Sports telah memasuki Land of Dawn pada musim ini. Sempena kempen “UP YOUR GAME”, JD Sports menawarkan peminat dengan hadiah eksklusif seperti In-game Gift Card dan Diamond (mata wang dalam permainan), produk JD Sports, serta rebat membeli-belah di JD Sports.

ASUS Republic of Gamer (ROG) akan menjadi telefon kejohanan rasmi – digelar sebagai King of Performance, ROG Phone 8 kini dengan reka bentuk baru dan mutu kamera yang lebih baik.

Musim ini juga dibawakan oleh rakan strategik rasmi liga – Head & Shoulders, TNTCO, and Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).  

Pasukan Baru, Persaingan Baru  

Musim ke-14 akan menyaksikan kemunculan pasukan baru Team Vamos, yang diasaskan oleh bekas atlet profesional MPL Malaysia dan pencipta konten dengan tontonan terbanyak di Malaysia, Mohd Faris “Soloz” bin Zakaria.

Team Vamos mengumumkan barisan pemain yang menarik dengan enam bekas pemain Homebois – Mohammad Zul Hisham “Xorn” Bin Mohd Noor, Muhammad Nazhan “Chibi” Mohd Nor, Muhammad Irfan “Sepat” bin Aujang, Kenneth “Nets” Sablande Barro, Rizky “Warlord” Agustian, dan jurulatih Khairul “Pabz” Sharif.

Homebois merupakan juara MPL Malaysia Musim ke-12 dan mendapatkan tempat kedua pada Musim 13, serta Top 8 di MSC 2024 di Arab Saudi dan telah membawa pulang hadiah USD 100,000.

RED Esports kembali ke MPL Malaysia! Mereka tersingkir selepas menamatkan musim ke-12 di tempat ke-10, tetapi kini kembali ke liga MLBB terkemuka Malaysia setelah menjuarai Challanger Conference Season 1 MLBB Academy League (MAL MY).

Mereka telah memperkuatan pasukan, dan membawa masuk pemain Filipina berpengalaman, Stephen “Sensui” Castillo dan Lee “Owl” Gonzales, dari Blacklist International, organisasi esukan paling ramai pengikut di Filipina.

Kedua-dua pemain ini diharapkan dapat meningkatkan prestasi RED Esports dan buktikan bahawa mereka di sini adalah untuk menjadi pencabar kejuaraan liga.

Akhir sekali, Barracuda Esports kembali sebagai Team Rey, selepas penjenamaan semula. Setelah menamatkan MPL Malaysia Musim Ke-13 di tempat ke-9, pemangsa lautan ini melakar kemenangan 3-2 ke atas DXORIGINZ dalam perlawanan “Challenger vs Defender” untuk mengekalkan slot mereka di MPL Malaysia.

Sebelum ini, DXORIGINZ mengakhiri Challanger Conference Season 1 MAL MY di tempat kedua, memberikan mereka hak untuk mencabar tempat Ke-10 MPL MY, Barracuda Esports bagi merebut slot terakhir MPL M6alaysia Season 14. 

Jadual Regular Season MPL M6laysia Season 14

Peringkat Regular Season MPL M6laysia Season 14 akan menampilkan 10 pasukan MLBB teratas dalam negara yang akan bertanding setiap minggu dari 7 September hingga 13 Oktober.

Bertempat di MPL MY Arena, Stadium MBSJ Serdang Jaya, musim liga ini akan menggunakan format single round robin, dimana setiap perlawanan akan dimainkan dalam format Best-Of-Three (BO3).

Enam pasukan teratas dari Regular Season akan mara ke Playoff, yang bakal diadakan dari 31 Oktober hingga 3 November. Semua perlawanan semasa di Playoff akan dimainkan mengikuti format Best-Of-Five (BO5), kecuali untuk Grand Finals, BO7 pada 3 November.

Regular Season (7 September ke 13 Oktober)

  • Minggu Pertama (BO3): 7 September ke 8 September
  • Minggu kedua (BO3): 13 September ke 15 September
  • Minggu ketiga (BO3): 20 September ke 22 September
  • Minggu keempat (BO3): 27 September ke 29 September
  • Meinggu kelima (BO3): 4 Oktober ke 6 Oktober
  • Minggu keenam (BO3): 11 Oktober ke 13 Oktober

Playoffs (31 Oktober ke 3 November)

  • Playoffs (BO5): 31 Oktober ke 3 November
  • Grand Finals (BO7): 3 November

Muat turun kit media MPL M6laysia Season 14 disini

Untuk maklumat terkini tentang MPL Malaysia, sila ikuti media sosial berikut:

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.