Siakap Keli
ikan terbang jawa barat
Gambar: Tribun Jaleng

Misteri Jutaan Ikan ‘Terbang’ Waktu Malam Gemparkan Penduduk Di Jawa Barat

Misteri Jutaan Ikan ‘Terbang’ Waktu Malam Gemparkan Penduduk Di Jawa Barat

Misteri kemunculan jutaan ikan kecil yang ‘berterbangan’ pada waktu malam telah menggemparkan penduduk di sebuah kawasan di Jawa Barat, Indonesia.

Menurut Tribun News, kejadian aneh itu dikatakan berlaku di kawasan persisiran pantai berdekatan Selatan Priangan Timur dan Pantai Cipatujuh, Kabupaten Tasikmalaya pada minggu lepas.

Kejadian berkenaan dikatakan turut dirakam oleh orang ramai yang seterusnya bertindak memuat naik video itu ke media sosial

Ia pantas menjadi tular sehingga ada yang mengaitkan kejadian tersebut dengan petanda bencana alam bakal melanda kawasan tersebut.

Misteri jutaan ikan terbang gemparkan penduduk di Jawa Barat

Sementara itu, wakil Himpunan Nelayan Seluruh Indonesia (NHSI) Kabupaten Tasikmalaya, Jawa Barat, Dedi Mulyadi mengesahkan kejadian tersebut memang ada berlaku.

“Ya, tetapi fenomena tersebut bukan hanya berlaku di pantai Cipatujah, sebaliknya turut dilaporkan di sepanjang kawasan persisiran Pangandaran, Tasikmalaya hingga ke Santolo, Garut,” katanya.

Menurutnya, fenomena ikan kecil ‘terbang’ pada waktu malam memang biasa berlaku pada musim kemarau panjang sebelum ini.

Namun kali ini, fenomena berkenaan berlaku di luar musim kemarau dan jumlah ikan yang muncul didapati jauh lebih banyak daripada biasanya.

Ia sekaligus menimbulkan kekhuatiran dalam penduduk tempatan sehingga ada yang mengaitkan kejadian itu dengan tanda-tanda bencana alam.

Ada yang mengaitkan dengan petanda bencana alam

“Jujur, kami di sini merasa khuatir ada perkara yang tidak diingini akan berlaku. Isunya kerana ia agak anek untuk fenomena ikan terbang berlaku di sepanjang persisiran Selatan Priangan hingga ke Santolo di Garut,” katanya lagi.

Tambah Dedi, kejadian pasang surut air yang signifikan turut berlaku di kawasan persisir Tasik Malaya dalam tempoh seminggu terakhir.

Ketika surut, kawasan pantai yang terdedah lebih jauh daripada biasa, manakala ketika air pasang pula, gelombang dan air menjadi sangat besar.

Oleh itu, penduduk kampung disitu mengambil langkah berjaga-jaga dan lebih berwaspada dengan keadaan semasa laut.

Bagaimanapun, bagi sesetangah penduduk tempatan ada yang menganggap fenomena berkenaan sebagai rezeki.

Malah, mereka turut berkumpul di kawasan pantai bagi menangkap ikan-ikan tersebut dipercayai untuk dijadikan juadah ataupun di jual.

BACA: RM400 Juta Selenggara RKAT Seluruh Negara, Anggota Tentera Rasa ‘Lain’ Bila Masuk ‘Rumah Baru’

Sumber: Tribun News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.