Siakap Keli
xiumin

One Utama Sesak & ‘Kecoh’, Rupanya Ada Ahli Kumpulan Exo Datang Malaysia

Baru-baru ini, pengunjung pusat beli belah One Utama ‘kecoh’ gara-gara kemunculan seorang penyanyi terkenal Korea Selatan dari kumpulan Exo untuk mempromosikan produk terbaru sebuah jenama tempatan.

Xiumin atau nama sebenarnya Kim Min Seok, telah dijemput bagi menyertai jelajah mempromosikan Brice, snek beras berkhasiat keluaran syarikat beras tempatan, EcoBrown’s.

Terkenal dengan wajahnya yang muda remaja meski sudah berusia 34 tahun, Xiumin menjadi tumpuan orang ramai khususnya para peminat yang teruja menyaksikan kehadiran selebriti itu dari dekat.

xiumin malaysia

Gara-gara populariti beliau, acara tersebut mendapat sambutan orang ramai khususnya para peminat kumpulan Exo yang memenuhi hampir di setiap tingkat pusat beli belah berkenaan. Untuk makluman, Exo merupakan sebuah band Korea generasi ketiga yang ditubuhkan sejak 12 tahun lalu.

Dalam sesi itu, Xiumin dilihat sempat berbual dan cuba bertutur bahasa Malaysia di samping menjawab pertanyaan para peminat di sana.

Untuk makluman, program ini merupakan jelajah bagi mempromosikan produk terbaru ecoBrown’s iaitu Brice yang didatangkan dengan dua perisa, Spicy Cheese dan Seaweed. Dihasilkan dengan beras berkualiti dan bahan terpilih, snek berkhasiat ini sangat rangup dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

xiumin malaysia

Para pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai permainan sepanjang Jelajah Brice dan mendapatkan hadiah menarik. Antara permainan yang mendapat sambutan ialah B Sea-nsation Escaper di mana pemain perlu melepaskan diri dari maze yang mencabar.

Orang ramai turut berpeluang mencari kepingan keju tersembunyi di dalam kolam bola dalam B Cheezy Explorer serta mengambil gambar terbaik di zon foto dalam B Self-tographer. Peserta perlu mengumpulkan cop di setiap checkpoint aktiviti dan mendapat peluang bermain di mesin Gatcha untuk memenangi hadiah eksklusif.

Sebanyak 38 buah bantal dengan tandatangan Xiumin akan diberikan kepada mereka yang membeli produk Brice terbanyak.

Pembeli hanya perlu meninggalkan komen di page Facebook ecoBrown’s dan menghantar bukti pembelian di sini sepanjang tempoh peraduan bermula 19 Ogos sehingga 19 September 2024. Pemenang akan diumumkan pada 25 September akan datang.

Peraduan adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, rujuk kiriman di bawah,

Orang ramai juga dijemput untuk menyertai Jelajah Brice di lokasi-lokasi berikut,

  • One Utama: 14 Aug – 18 Aug
  • IOI city mall: 28 Aug – 1 Sept
  • Gurney Plaza Penang: 2-6 Oct

Pastikan anda tidak ketinggalan, ikuti laman rasmi ecoBrown’s di Facebook, Instagram dan laman web mereka di sini.

@thesiakapkeli

Xiumin EXO terpaksa jawab soalan daripada Jabatan Netizen Malaysia. Korang nak tanya soalan apa kat dia? #xiuminexodatangmalaysia #brownrice #beraskitabeli #tipsmakanansihat #kudap2murah #exo #xiumin #brice #fyp #viral #oneutama #cheese #seaweed #korea

♬ original sound – Siakap Keli – Siakap Keli

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: