Siakap Keli
raptai sambutan merdeka k-9
Kredit: Radio Televisyen Malaysia

Paling Dinanti, Ramai Minta Unit K-9 Diberi “Screen Time” Lebih Masa Sambutan Merdeka 

Paling Dinanti, Ramai Minta Unit K-9 Diberi “Screen Time” Lebih Masa Sambutan Merdeka 

Semenjak 2022, ramai ternanti-nanti kemunculan Unit K-9 di setiap sambutan Hari Merdeka. Biarpun pada asalnya, Unit K-9 yang terdiri daripada anjing-anjing terlatih yang bersifat garang dan menakutkan, namun kemunculan haiwan ini di samping pelatih mereka di belakang tabir menonjolkan sisi manja masing-masing.

Kemunculan Unit K-9 yang siap berkasut dan berkaca mata hitam bukan sahaja kelihatan segak bergaya, malah kelihatan comel. Ditambah pula dengan penularan video adegan kehilangan kasut, Unit K-9 sememangnya berjaya menambat hati orang ramai.

BACA: Siap Berkasut, Unit K-9 Jadi “Highlight” Raptai Perbarisan Merdeka

Hari ini, video raptai perbarisan sambutan Hari Merdeka dikongsikan dengan ehsan pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) atas permintaan warga maya di laman X. Menerusi video yang dikongsikan, Unit K-9 kelihatan berbaris dengan begitu tersusun dan mengikut arahan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Unit K-9 kekal mengenakan kaca mata hitam dan berkasut.

Menurut People For The Ethical Treatment Of Animals (PETA), pemakaian kasut kepada anjing-anjing berfungsi sebagai pelindung tapak kaki anjing dari melecur ketika di jalan yang panas.

https://x.com/RTM_Malaysia/status/1828686659380277395

BACA: Siap Pakai Kasut, Netizen ‘Cair’ Tengok Anjing K9 Polis Dalam Perbarisan Merdeka

Video raptai sambutan merdeka bersama Unit K-9 yang dikongsikan tengah hari tadi sudahpun mendapat tontonan setinggi 12.6 juta di laman X setakat ini.

Menerusi laman TikTok RTM pula, warga maya meminta pihak RTM untuk memberikan liputan yang lebih buat unit tersebut.

“Hai RTM, nak request lebihkan screen time ketika live nanti untuk Unit K-9 boleh tak?” mohon seorang warga maya.

“Mohon masa Unit K-9 lalu fokus lama sikit,” kata seorang lagi warga maya yang ingin melihat gelagat unit tersebut.

Menerusi perkongsian itu, ada juga warga maya yang sempat berseloroh.

“Suruh K-9 jalan perlahan sikit. Dapat lama screen time,” usik warga maya.

Sumber: RTM via X, RTM via TikTok

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.