Sambutan Ambang Merdeka 2024 Di Dataran Merdeka Dibatalkan – DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan Sambutan Ambang Merdeka 2024 bertempat di Dataran Merdeka pada 30 Ogos 2024 telah dibatalkan.
DBKL yang juga penganjur menjelaskan pembatalan itu adalah sebagai menghormati mangsa- mangsa beberapa insiden yang berlaku di sekitar bandar raya Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan penuh semangat patriotisme,” maklum DBKL.
Terdahulu pada 2023, lebih 1,000 pengunjung hadir malam ini memeriahkan sambutan Ambang Merdeka di pusat perniagaan PKNS Uptown Shah Alam, di sini anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan kerjasama Persatuan Peniaga Uptown Shah Alam.
PKS menerusi kenyataan berkata sambutan berkenaan dianjurkan oleh pihaknya pada setiap tahun bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan bersama para peniaga dan pengunjung yang sentiasa memberikan sokongan terhadap PKNS Uptown.
BACA: Ambang Merdeka Dirai Dalam Norma Baharu, Program Berbentuk Kerohanian
Selain itu, menurutnya program itu juga diadakan bertujuan mempromosikan pusat perniagaan berkenaan yang mempunyai lebih 400 gerai pelbagai jenis perniagaan seperti pakaian, perhiasan, perkakasan rumah dan makanan.
Majlis sambutan tersebut dirasmikan oleh Pengurus Besar Kanan Pentadbiran PKNS, Saharom Mohni yang disertai gimik pelancaran bertemakan futuristik dengan persembahan video montaj animasi mengenai sejarah kemerdekaan yang dipancarkan menggunakan laser.
300 bendera Jalur Gemilang diedarkan kepada para pengunjung untuk sama-sama dikibarkan tatkala laungan merdeka menjelang detik 12 malam, simbolik bagi sambutan Hari Kebangsaan 2023.
https://www.facebook.com/dbkl2u/posts/pfbid02ZCgzWSpc2FknE55sTxwv4cNJbRqrC7iwCnivb6ErCN6W9NzC1PAdcpyc7FCNbkful