Siakap Keli
Pipa Yuan restoran hotpot
Gambar: Guinness World Record

Kenali Pipa Yuan, Restoran ‘Hotpot’ Terbesar Dunia, Muat Hampir 6 Ribu Pelanggan

Kenali Pipa Yuan, Restoran ‘Hotpot’ Terbesar Dunia, Muat Hampir 6 Ribu Pelanggan

Setiap kali berkunjung ke restoran terkenal untuk menjamu selesa, kita mungkin terpaksa berdepan dengan isu kepadatan pelanggan dan waktu menunggu yang lama, kan?

Lebih-lebih lagi pada waktu puncak seperti waktu makan tengah hari dan sebagainya, hendak menunggu ada meja kosong dalam restoran tersebut pun sebenarnya cukup mencabar.

Kadangkala terfikir juga, tidak ada ke dalam dunia ini restoran dengan tempat duduk unlimited dan boleh menampung kehadiran sehingga ribuan pelanggan serentak?

Restoran Hotpot Pipa Yuan Shiweixian

restoran Pipa Yuan
Gambar: Oddity Central

Kalau nak tahu, sebenarnya restoran unlimited ini memang sudah wujud dan terletak di Chongqing, China.

Difahamkan, terdapat sebuah restoran yang mampu menampung 5,851 pelanggan pada satu-satu masa dan restoran tersebut ialah Restoran Hotpot Pipa Yuan Shiweixian.

Restoran ini telah memegang Rekod Dunia Guinness sebagai restoran terbesar dengan kapasti tempat duduk melebihi 5,800 pada 26 Julai 2022.

Uniknya, restoran berteres dengan berkeluasan 3,300 meter per segi ini dibina di atas sebuah bukit, sesuai dengan namanya sebagai restoran terkenal dengan masakan berasaskan ‘hotpot’.

Disebabkan keluasan Pipa Yuan atau ‘Taman Loquat’ dalam bahasa Cina sangat besar, pelanggan memerlukan masa sehingga 30 minit dari tempat letak kereta menuju ke meja makan di restoran tersebut.

restoran Pipa Yuan
Gambar: Oddity Central

Walaupun memiliki kapasiti yang besar, pelanggan sukar mencari meja tanpa tempahan, terutamanya semasa musim bunga dan musim panas disebabkan popularitinya.

Difahamkan, penduduk tempatan dari seluruh kawasan sanggup datang ke restoran itu semata-mata ingin merasai sendiri restoran periuk panas terbesar di dunia ini.

Pipa Yuan dianggarkan mampu menampung sejumlah sebuah daerah kecil dalam sehari.

Tentu ramai yang tertanya-tanya berapa tan makanan agaknya restoran ini dapat sediakan pada setiap hari? Mesti tak terbayangkan, bukan?

Berapa pekerja restoran ini ada?

Pipaa Yuan dilaporkan mempunyai ratusan pelayan, puluhan tukang masak, dan kakitangan dapur, serta lebih 25 juruwang.

restoran Pipa Yuan
Gambar: Guinness World Record

Waktu paling sibuk adalah pada sebelah malam kerana kawasan ini diterangi dengan panorama warna-warni lampu di seluruh lereng bukit.

Jadi, tidak hairan mengapa ia sering menjadi tarikan ramai pelancong dari dalam dan luar negara.

Untuk rekod, pada 2014 restoran ini telah dokumentari dalam satu program “A Bite of China”.

Sumber: Guinness World Record, Oddity Central

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.