Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengumumkan keputusan Kerajaan menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027.
Keputusan ini dipersetujui Jemaah Menteri dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, setelah mengambil kira komitmen penganjuran bersama oleh tiga negeri lainnya.
Sebelum ini, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang telah menyatakan kesediaan untuk menggunakan peruntukan masing-masing bagi menjadi penganjur bersama dengan Kuala Lumpur.
Jemaah Menteri turut merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Sarawak dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Malaysia (SUKMA) XXI yang telah berjaya mengendalikan penganjuran temasya berakhir pada 24 Ogos lalu dengan jayanya.