Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
ke-25 menara berkembar petronas
Tiada Kategori

Nikmati Aktiviti Kebudayaan & Pemandangan Cantik Sempena Ulang Tahun Ke-25 Menara Berkembar Petronas

Nurul Naqiyah

Nikmati Aktiviti Kebudayaan & Pemandangan Cantik Sempena Ulang Tahun Ke-25 Menara Berkembar Petronas

Kuala Lumpur (28 Ogos 2024): Sempena ulang tahun ke-25 Menara Berkembar PETRONAS, beberapa aktiviti seni dan kebudayaan akan berlangsung dari 30 Ogos hingga 1 September 2024 di Lawatan Menara Berkembar PETRONAS (PETRONAS Twin Towers Visit).

Sambutan tiga hari ini menandakan ulang tahunnya ke-25 sejak mercu tanda ikonik itu pertama kali dibuka pada tahun 1999. Aktiviti-aktiviti ini menjanjikan para pengunjung sebuah pengalaman yang kaya dengan warisan dan simbol kebanggaan Malaysia.

Aktiviti-aktiviti termasuklah pelbagai aktiviti kebudayaan seperti demonstrasi lukisan Tiffin, kraf buku nota songket, tenunan mengkuang, lukisan batik, dan persembahan kebudayaan tradisional di Tingkat 83.

Di samping aktiviti dan persembahan tersebut, pengunjung-pengunjung juga berpeluang menikmati pameran foto mini di kawasan lobi. Pameran ini akan mempamerkan pelbagai karya luar biasa jurugambar Siva Kumar, Aereon Wong, dan Amri Ginang, yang menyerlahkan kemegahan seni bina menara ini dan keindahan bandar Kuala Lumpur

Para pengunjung juga berpeluang menikmati pemandangan bandar ibu kota negara, Kuala Lumpur yang mengagumkan di jejantas udara (Skybridge) di Tingkat 41 dan dek pemerhatian (Observation Deck) di Tingkat 86. Mereka juga boleh beraksi dan bergaya bagi gambar-gambar “majalah kulit” dalam Photo Op Box.

Tambahan pula, pengunjung-pengunjung juga berpeluang bergambar bersama seni anamorfik ulang tahun unik, yang dihasilkan secara kreatif daripada pelbagai bahan kitar semula, bagi mempromosikan aspek kemampanan dan kelestarian.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-25, pengunjung juga berpeluang memenangi baucar tunai bernilai sehingga RM250.00 dengan sebarang pembelian barangan di kedai cenderamata Menara Berkembar PETRONAS.

ke-25 menara berkembar petronas

Sempena sambutan ulang tahun ke-25 ini, keterujaan semakin memuncak untuk meraikan mercu tanda negara yang ikonik. Daripada reka bentuk menara yang berinspirasikan kraftangan dan corak tenunan tempatan kepada bentuk geometri Islam, Menara Berkembar PETRONAS menawarkan pengalaman dan pemandangan yang unik untuk pengunjung dari seluruh dunia.

Untuk pembelian tiket, sila layari https://eticket.petronastwintowers.com.my/.

Jom sertailah aktiviti-aktiviti ulang tahun Menara Berkembar PETRONAS untuk mencipta sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan di destinasi yang terkemuka ini.