Kreatif & Jimat, Ini Cara Nak Buat Tudung Saji Guna Botol Plastik Besar
Tudung saji merupakan antara perkakas dapur yang wajib ada dalam setiap rumah. Alat ini digunakan untuk menutup makanan yang diletak di atas meja, supaya terhindar daripada dihinggap lalat dan sebagainya.
Terdapat pelbagai jenis tudung saji dijual di dalam pasaran. Bagi mereka yang sukakan rekaan estatik, mungkin boleh mendapatkan tudung saji tradisional yang diperbuat daripada daun mengkuang dan buluh.
Jika mahukan tudung saji yang lebih murah, rekaan yang diperbuat daripada plastik atau pvc adalah pilihan yang lebih menjimatkan.
Manakala tudung saji yang lebih moden pula hadir dalam pelbagai bentuk dan saiz. Salah satunya adalah tudung saji bertingkat yang boleh menyimpan lebih banyak makanan dan pada masa yang sama menjimatkan ruang.
D.I.Y tudung saji guna botol plastik terpakai
Namun jika anda tidak mahu mengeluarkan sebarang modal, anda perlu menjadi lebih kreatif dengan menghasilkan tudung saji sendiri.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna Instagram, @longhoangqt, dia berkongsi rekaan tudung saji yang dibuat menggunakan botol plastik besar.
Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu memotong botol air itu pada bahagian tengahnya kepada beberapa bahagian.
Selepas itu, anda boleh menyusun makanan secara bertingkat yang dipisahkan menerusi bahagian botol yang dipotong itu tadi.
Dapat dilihat, botol berkenaan dapat berfungsi sebagai tudung saji dengan baik dan melindungi makanan daripada makhluk perosak.
Pada masa yang sama, anda juga dapat menyelamatkan alam kerana mengitar semula penggunaan botol plastik.
Netizen berasa kagum dengan kreativiti lelaki ini
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji idea @longhoangqt yang disifatkan sangat kreatif dan menjimatkan perbelanjaan.
Bagaimanapun, ada juga yang mendakwa tudung saji itu tidak sesuai jika ada haiwan peliharaan seperti kucing di rumah.
Selain itu, ada juga yang tertanya-tanya sama ada tudung saji itu dapat menghalang makanan yang disimpan daripada dihurungi semut.
Apa pun, anda boleh tonton video dibawah untuk melihat tudung saji yang dihasilkan oleh @longhoangqt.
BACA: Mohd Na’im Arah Pejabat Mufti WP Panggil Ibrahim Mat Zain
Sumber: longhoangqt via Instagram