Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Berhenti Berarak Nampak Ustaz Azhar Idrus, Pakat Nak Bergambar Bersama-sama

Athirah
bergambar ustaz azhar idrus
Kredit: @bangmi1605 via TikTok

Berhenti Berarak Nampak Ustaz Azhar Idrus, Pakat Nak Bergambar Bersama-sama

Seperti yang kita semua sedia maklum, Hari Kebangsaan disambut secara meriah di seluruh negara pada 31 Ogos, setiap tahun.

Untuk tahun ini, sambutan di peringkat Persekutuan diadakan di Dataran Putrajaya dan turut disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

Selain itu, sambutan yang sama turut diadakan di peringkat negeri melibatkan penyertaan pelbagai pihak termasuk pasukan unit beruniform.

Sudah semestinya, sambutan yang diadakan cukup meriah dengan kehadiran orang ramai, tanpa mengira latar belakang. Bermula daripada kanak-kanak, sehinggalah ke orang dewasa semua teruja untuk melihat perarakan yang diadakan.

Turut tidak ketinggalan adalah figura terkemuka tanah air, seperti penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang turut berkesempatan menyertai sambutan yang diadakan.

Jika tahun lepas, kehadiran beliau menarik perhatian bukan sahaja orang awam, malah kontinjen yang terlibat dengan perarakan sendiri untuk bergambar bersama-samanya.

Ustaz Azhar Idrus jadi tumpuan, kontinjen perarakan merdeka nak bergambar

Nampaknya, penangan UAI tahun ini tidak kurang hebatnya apabila sekali lagi kehadiran beliau mendapat perhatian kontinjen perbarisan yang terlibat.

Menerusi video yang tular di TikTok @bangmi1605, pada mulanya UAI hanya berada di kawasan yang dikhaskan untuk orang awam yang hadir bagi menyaksikan perarakan berkenaan.

Namun, keberadaan belia disitu berjaya dikesan oleh satu kontinjen yang terlibat dalam perbarisan tersebut. Salah seorang kemudian terus mengajak penceramah tersebut untuk bergambar bersama-sama.

Apabila sesi bergambar sudah selesai, UAI dilihat sempat melambaikan tangannya kepada peserta kontinjen tersebut.

Video yang dimuat naik oleh @bangmi1605 itu pantas menjadi viral dan menarik perhatian pengguna TikTok yang lain.

“Kenangan setahun sekali”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur dengan tindakan spontan yang dilakukan oleh kontinjen berkenaan.

Selain itu, ada juga pengguna TikTok yang sempat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan untuk UAI.

Sporting ustaz. Setiap tahun kena ‘hurung’,” komen seorang wargamaya.

“Tak pasal-pasal tempat ustaz duduk dah jadi tempat lintas hormat setiap tahun,” komen lagi seorang wargamaya.

BACA: Wira Insiden Tembakan Balai Polis Ulu Tiram Pimpin Ikrar Rukun Negara, Laungan Merdeka

Sumber: @bangmi1605 via TikTok