Siakap Keli
Halang Pemandangan Gunung Fuji
Kredit: AFP

Halang Gunung Fuji, Pemaju Akur Roboh Bangunan Kondo 10 Tingkat

Halang Gunung Fuji, Pemaju Akur Roboh Bangunan Kondo 10 Tingkat

Sebuah firma pemaju perumahan di Jepun terpaksa merobohkan kondominium yang hampir siap di Kunitachi selepas mendapat aduan daripada kejiranan setempat.

Menurut Kyodo News, ia selepas kondominium berkenaan telah menghalang sebahagian Gunung Fuji sehingga menjejaskan pemandangan di kawasan tersebut.

Selepas menerima aduan berkenaan, syarikat berkenaan, Sekisui House yang berpangkalan di Osaka kemudian memutuskan untuk membatalkan projek tersebut.

Pemaju akur roboh kondo, gara-gara halang view Gunung Fuji

Malah, mereka juga mengambil keputusan untuk merobohkan semula bangunan 10 tingkat yang menempatkan 18 unit kediaman itu.

Menurut Kyodo News lagi, syarikat pemaju perumahan itu turut mengakui kesilapan mereka yang tidak mengambil kira nilai-nilai tempatan secukupnya sebelum memulakan projek berkenaan.

Difahamkan, pemaju sebelum ini telah mengadakan perjumpaan bersama penduduk tempatan mengenai perkara tersebut.

Antara persetujuan yang berjaya dicapai termasuklah mengubah pelan pembangunan daripada 11 ke 10 tingkat, termasuk mengurangkan ketinggian setiap tingkap.

Bakal pemilik unit bangunan itu diberi pampasan kewangan

Bagaimanapun, ia belum cukup untuk menyelesaikan isu yang berbangkit sehingga tiada pilihan lain yang boleh diambil selain merobohkan bangunan berkenaan.

“Kami menyedari budaya yang mementingkan nilai pemandangan, tetapi kami gagal mempertimbangkan hal itu sepenuhnya.

“Kami juga memohon maaf kepada pihak-pihak berkontrak lain yang terlibat,” kata Sekisui House.

Pembinaan projek berkenaan dilapor bermula pada Januari 2023 dan kebanyakan unit kediaman itu sudah pun berjaya dijual pada harga kira-kira AS$446,000 seunit.

Susulan keputusan itu, Sekisui House berkata pihaknya akan menanggung sepenuhnya kos untuk merobohkan bangunan berkenaan termasuk membayar ganti rugi kepada bakal pemilik.

https://www.facebook.com/zunita.ramli01/posts/pfbid0RDeGw1843cZcuZrg4jy7XoB8zgAMNM7ZgbErufuzfcN5BVXUWNJ6qvZtgFs9RgY2l?rdid=vK4qPvLqfG3273Of

BACA: Paling “Win”, Tema “Roadblock” Dengan Aksi Superman Naik RXZ Buat Netizen Terhibur

BACA: Tular Surat Maklum Balas JAKIM Berkaitan Isu Status Halal Premis Makanan, Ini Penjelasan JAKIM

BACA: AirAsia Syarikat Penerbangan Antarabangsa Pertama Terbang Secara Terus Dari Kuala Lumpur Ke Labuan Bajo

Sumber: Kyodo News

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.