Siakap Keli

HRV RS e:HEV: SUV Segmen B Yang ‘Sedap’ Dipandu, Jimat Minyak

HRV RS e:HEV: SUV Segmen B Yang ‘Sedap’ Dipandu, Jimat Minyak

Korang tengah mencari kereta SUV segmen B? Dalam kepala korang mesti terbayang dua model ni kan? Proton X50 dan Honda HRV. Sebab dua model ni antara yang kerap nampak atas jalan.

Hari ini SK nak bercerita tentang Honda HRV bagi varian e-HEV RS iaitu varian paling tinggi dalam barisan Honda HRV yang terkini.

Honda HRV ada empat varian kesemuanya, bermula dari HRV varian S,E,V dan e-HEV RS. Seperti korang maklum, varian e-HEV RS adalah varian hybrid.

Rekaan Luaran

Pada pendapat SK, bagi rekaan luaran Honda HRV ini mampu menepati citarasa setiap lapisan umur tak kira orang muda mahupun orang lama.

Apa yang SK paling berkenan adalah grill bahagian hadapannya yang ala-ala honey comb menampakkan SUV ini lebih moden dari pesaing yang lain.

hrv rs e:hev

Kesemua lampu dari bahagian hadapan dan belakang adalah jenis LED dan Honda HRV RS ini juga dilengkapi dengan lampu nyalaan siang (DRL).

Untuk rekaan bahagian belakang, kalau diminta beri markah 1 hingga 10, SK boleh bagi 7/10 dengan rupa bentuk yang menarik dan agak sporty.

SUV ini juga datang dengan electric power boot yang boleh dibuka dengan menekan butang di bahagian pemandu, di bonet atau lalukan sahaja kaki di bahagian bawah bumper belakang.

Rekaan Dalaman

Kalau korang masih ingat SK kurang senang dengan ruang dalam Honda WRV RS dalam artikel sebelum ini, perkara sama SK rasakan berulang untuk Honda HRV.

Ruang dalam kabin HRV ini nampak agak biasa jika nak dibandingkan dengan lawan-lawannya yang lain.

HRV ini siap dengan 8″ audio display yang biasa tapi mujur boleh disambung dengan sambungan Android Auto dan Apple Carplay.

hrv rs e:hev hrv rs e:hev hrv rs e:hev hrv rs e:hev hrv rs e:hev hrv rs e:hev hrv rs e:hev hrv rs e:hev hrv rs e:hev hrv rs e:hev hrv rs e:hev

Pada SK, ruang dalam kabin lebih penting dari rekaan luaran kerana ketika memandu jarak jauh mata kita hanya memandang ruang dalam kabin sahaja.

Keselesaan ketika memandu dan duduk atas kerus dibalut kulit SK boleh katakan masih di tahap selesa.

Cuma mata tidak dijamu dengan benda-benda yang cantik dalam kabin.

Pengalaman Memandu

Sk sempat memandu kereta ini kurang dari jarak 100km. SK hanya pandu dari Sepang sekitar bandar Kuala Lumpur dan sepanjang pemanduan enjin 1.5L 4 silinder DOHC V-TEC dapat bekerja dengan baik.

Ketika memecut, Honda HRV ini sangat responsif ketika pedal minyak dipijak dan bunyi angin dari dalam kabin pun sangat minimum.

Dengan kuasa enjin 107 kuasa kuda, 131 Nm torque dan ditambah dengan kuasa motor 131 kuasa kuda, 253 Nm torque, SK sangat berpuas hati bila memandu SUV ini.

Honda HRV juga dipacu dengan kotak gear paling kontorversi di abad ini iaitu kotak gear jenis CVT tapi untuk varian e-HEV RS ia menggunakan kotak gear e-CVT.

SUV ini juga sangat jimat minyak, atas kertas varian ini mencatatkan 4.1L petrol sahaja untuk 100km kerana ia dijana dengan enjin dan motor.

SK boleh berikan 8/10 untuk pengalaman memandu Honda HRV e-HEV RS untuk jarak kurang dari 100km.

Keselamatan

Satu lagi perkara yang Honda tidak berkira adalah ciri keselamatan SUV ini. Hampir kesemua varian Honda HRV menerima beg udara yang lengkap iaitu 6 beg udara.

Kereta ini juga lengkap dengan Vehicle Stability Assist (VSA), ABS, EBD, ABH, HSA dan empat reverse sensor.

Kesemua ciri yang SK sebutkan di atas boleh didapati dalam semua varian Honda HRV.

Jadi, tiada isu kurang selamat bagi model Honda HRVdan boleh dikatakan semua model Honda kerana Honda sudah semestinya meletakkan keselamatan pengguna sebagai perkara utama.

Kesimpulan

Secara keseluruhan SK boleh katakan Honda HRV e-HEV RS ini masih lagi sebuah SUV yang sedap dipandu dan yang paling penting selamat dan jimat minyak.

Cuma hanya bahagian dalam kabin sahaja yang agak mengganggu mata SK ketika memandu. Bila keluar dari kereta, sejuk hati tengok rekaan luarannya.

Sudah tentu sebuah kereta tak mampu puaskan hati semua orang dan pasti ada baik dan buruknya. Boleh tengok kat sini HONDA

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)