Siakap Keli
warga emas perlanggaran perahu
Kredit: BERNAMA

Warga Emas Mangsa Insiden Perlanggaran Dua Perahu Ditemukan Lemas

Warga Emas Mangsa Insiden Perlanggaran Dua Perahu Ditemukan Lemas

MUKAH, 4 Sept (Bernama) — Lelaki warga emas yang hilang selepas terjatuh ke sungai dalam insiden perlanggaran dua perahu panjang di Batang Oya, Dalat pada Isnin lepas ditemukan lemas tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dalat DSP Saga Chunggat berkata mayat Dos Katiek, 81, ditemukan terapung oleh penduduk kampung dan akan dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan selanjutnya.

BACA: Tular Buaya Di Tasik Shah Alam, Orang Ramai Diminta Berhati-Hati – MBSA

“Pengecaman mayat Dos oleh keluarganya akan dilakukan apabila mayat sampai di Hospital Mukah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.20 pagi itu, Dos dilaporkan terjatuh ke dalam sungai setelah perahu panjang yang dikendalikannya berlanggar dengan sebuah perahu panjang lain yang dikemudi seorang guru di lokasi antara Kampung Sua dan Kampung Klid di kawasan itu.

Sumber: BERNAMA

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.