Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Pukul Pensyarah Hingga Buta
Sumber: BERNAMA

Suami Isteri Didakwa Cuai Sebabkan Anak Dua Tahun Positif Dadah

Athirah

Suami Isteri Didakwa Cuai Sebabkan Anak Dua Tahun Positif Dadah

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) — Pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan kecuaian kepada anak perempuan mereka berusia dua tahun sehingga menyebabkan kanak-kanak itu positif dadah.

Pengawal peribadi berusia 31 tahun dan suri rumah berumur 30 tahun itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Jalan Kelang Lama, Kampung Pasir Baru di Brickfields di sini pada 3.15 petang, 10 Ogos lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Peguam Birr Zamier Abu Bakar yang mewakili pasangan terbabit memohon jaminan rendah atas alasan kedua-dua anak guamnya menanggung keluarga iaitu tiga orang anak termasuk mangsa dan tidak mempunyai pendapatan tetap selain tertuduh wanita mempunyai penyakit asma.

Hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Okt ini untuk sebutan semula kes.

BACA: Kereta Dipandu Kanak-Kanak 10 Tahun Terbabas, Langgar Van

BACA: Dua lagi Doktor Direman Bantu Siasatan Dokumen Tuntutan Palsu PERKESO

BACA: Isteri Derita Kanser ‘Pergi’ 2 Minggu Selepas Nikah, Suami Terjumpa Nota Pilu Tinggalan Arwah

Sumber: BERNAMA