Siakap Keli
gajah maut dilanggar treler
Kredit: Sinar Harian

Gajah Maut Dilanggar Treler

Gajah Maut Dilanggar Treler

Seekor gajah dilaporkan maut akibat dilanggar sebuah lori treler jenis Volvo di Jalan Sri Timur, Kampung Gajah, Kluang lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata pihak polis menerima laporan daripada orang awam mengenai kemalangan tersebut kira-kira jam 10.45 malam.

Menurutnya, treler tersebut dilaporkan sedang menghala ke Kahang Timur.

BACA: Anak gajah Mati Dilanggar Kenderaan di JRTB

“Ketika sampai di lokasi kejadian, kenderaan terbabit telah melanggar seekor gajah jantan yang melintas secara tiba-tiba dari arah kiri ke kanan jalan.

“Gajah tersebut maut di lokasi kemalangan akibat kecederaan. Lori treler berkenaan mengalami kerosakan di bahagian hadapan, sebelah kiri.

“Bagaimanapun, pemandu lori treler yang berusia 53 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

BACA: Gajah Borneo Diklasifikasikan Sebagai Terancam Dalam Senarai Merah IUCN

Menurut beliau lagi, kejadian tersebut telah dimaklumkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Bangkai gajah juga telah dialihkan.

Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59.

Sebelum ini, media pernah melaporkan seekor anak gajah maut dilanggar kenderaan di Kilometer 50 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik pada April lalu. Kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X Trail yang terlibat dengan kejadian tersebut sedang menghala ke Gerik dari Pasir Mas, Kelantan.

Pemandu SUV berkenaan tidak sempat mengelak anak gajah yang melintas secara tiba-tiba dan menyebabkan berlaku perlanggaran itu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata kejadian berkenaan turut melibatkan sebuah kenderaan Perodua Axia.

“Pada masa sama sebuah lagi kenderaan Perodua Axia dipandu seorang lelaki berumur 39 tahun, isteri dan tiga orang anak mereka telah melanggar bahagian belakang SUV sehingga menyebabkan kematian pada gajah tersebut.

“Walaubagaimanapun kesemua mangsa kedua-dua kenderaan yang terlibat dengan kemalangan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata anak gajah yang terkorban itu berusia tujuh tahun.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Gajah Cedera Dirempuh Porsche Cayenne Di Setiu

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.