Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
gajah borneo
Kredit Gambar: BERNAMA

Gajah Borneo Diklasifikasikan Sebagai Terancam Dalam Senarai Merah IUCN

Azizah Najib

Gajah Borneo Diklasifikasikan Sebagai Terancam Dalam Senarai Merah IUCN

KOTA KINABALU, (Bernama) — Gajah Borneo atau Elephas maximus borneensis diklasifikasikan sebagai ‘Terancam’ dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN) disebabkan populasinya yang kecil dan semakin berkurangan.

Pakar gajah World Wide Fund for Nature Malaysia (WWF-Malaysia) Dr Cheryl Cheah berkata situasi ini menimbulkan risiko kepupusan yang sangat tinggi di habitat liar bagi gajah yang berasal dari Pulau Borneo khususnya Sabah ini.

“Mereka diklasifikasikan sebagai ‘Terancam’ menggariskan pentingnya tindakan pemuliharaan secara kolaboratif seperti pengurusan konflik antara manusia dan gajah serta mencegah kehilangan dan pemecahan habitat seterusnya.

“Kedua-duanya adalah penting untuk menjaga kewujudan mereka pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh WWF-Malaysia semalam.

Cheah berkata sebagai unit berkembang secara beransur-ansur yang signifikan, gajah Borneo berbeza secara morfologi dan genetik daripada gajah Asia di tanah besar, menjadikannya unik di Pulau Borneo dan sebahagian daripada warisan semula jadi kita.

Gajah Borneo yang juga dikenali sebagai gajah pygmy Borneo, subspesies kepada gajah Asia atau Elephas maximus, dibezakan melalui saiznya yang lebih kecil dengan gajah jantan membesar sehingga ketinggian kira-kira 2.5 meter berbanding 3 meter di tanah besar.

BACA: Baru 17 Tahun, Pemain Bola Keranjang China Ini Miliki Ketinggian 220 Cm

Gajah Asia itu diisytiharkan sebagai Terancam dalam Senarai Merah IUCN mengikut penilaian pada 18 Sept 2019 dan diterbitkan pada 2020; manakala subspesiesnya, gajah Borneo diisytiharkan sebagai Terancam dalam Senarai Merah IUCN menurut penilaian pada 17 Nov tahun lepas dan diterbitkan tahun ini.

Sementara itu, IUCN menyatakan bahawa terdapat 1,000 ekor jumlah keseluruhan populasi gajah Borneo, dengan kira-kira 400 darinya adalah dewasa yang boleh membiak.

“Kira-kira 60 peratus daripada habitat hutan gajah Borneo telah hilang sejak 40 tahun lalu, terutamanya disebabkan oleh pembalakan dan penanaman kelapa sawit secara komersial.

“Kedua-dua kerajaan, Malaysia dan Indonesia, mempunyai pelan tindakan untuk pemuliharaan gajah Borneo, tetapi mereka menghadapi banyak cabaran.

BACA: Gempa Bumi 7.2 Magnitud Gegar Peru, Amaran Tsunami Dikeluarkan

“Senarai Merah IUCN kini memberikan pengiktirafan antarabangsa terhadap gajah Borneo sebagai subspesies unik dan Terancam, memberikan sebab yang kuat untuk pemuliharaan mereka,” kata kenyataan IUCN.

IUCN berkata untuk menjamin masa depan haiwan unik ini, adalah penting untuk melindungi dan mengembangkan habitat hutan mereka, menyokong komuniti tempatan dalam meminimumkan konflik dengan gajah dan menguatkuasakan langkah mencegah pemburuan haram.

Sumber: BERNAMA

BACA: Helikopter TDM Lakukan Pendaratan Cemas, 3 Anggota Dikejarkan Ke Hospital