Siakap Keli
pemain keranjang china 220 cm
Gambar: FIBA Basketball

Baru 17 Tahun, Pemain Bola Keranjang China Ini Miliki Ketinggian 220 Cm

Baru 17 Tahun, Pemain Bola Keranjang China Ini Miliki Ketinggian 220 Cm

Piala Asia Bola Keranjang Wanita B-18 FIBA yang sedang berlangsung di China ketika ini ternyata berjaya menyajikan banyak cerita menarik yang memikat perhatian peminat dari serata dunia.

Antara yang mencuri tumpuan tentunya ketinggian dimiliki oleh seorang pemain China, Zhang Ziyu yang begitu menonjol berbanding pemain-pemain lain di atas gelanggang.

Baru berusia 17 tahun, gadis tersebut dikhabarkan memiliki ketinggian 220 sentimeter (cm), sekaligus kehadirannya amat dirasai serta digeruni, terutamanya oleh lawan.

Kelebihan Zhang yang menggegarkan itu pertama kali dilihat ketika dia turun menentang Indonesia dalam perlawanan pertama beberapa hari lepas.

Dengan ketinggian yang dimiliki, Zhang kelihatan tenang ketika menahan asakan dan menafikan percubaan untuk menjaringkan bola yang dibuat oleh lawannya.

BACA: Kerepek Kononnya Boleh Tunaikan Nafsu Masuk Pasaran, Siap Ada Artis Yang Promosikan?

Kejutkan lawan dan peminat, pemain bola keranjang China berusia 17 tahun miliki ketinggian 220 cm

Malah, video-video aksinya ketika itu yang dimuat naik ke media sosial turut mendapat perhatian warga maya.

Mereka seolah-olah tidak percaya pada usia tersebut, Zhang sebenarnya sudah memiliki fizikal yang membolehkan dia beraksi bersama pasukan senior.

 

BACA: Sama Tinggi Dengan Bapa, Ramai Terkejut Tengok Perubahan Daehan, Minguk & Manse

BACA: Bekas Pelajar TVET Mampu Buka Tiga Cawangan Syarikat Fabrikasi & Perpaipan, Gajikan Lebih 80 Orang Staf

Menjengah ke ruang komen, dapat disaksikan reaksi warganet rata-rata ternyata merasa amat kagum dengan aksi Zhang.

“Baru 17 tahun. Dia ada empat tahun untuk memperbaiki kemahiran dan pasti boleh menyertai WNBA. Kehadiran dia dapat mencipta kesan Wemby” ulas seorang warganet.

Kesan Wemby merujuk kepada fenomena yang dikaitkan dengan kehadiran seorang atlet NBA, Victor Wembanyama di atas gelanggang.

Wembanyama memiliki kemahiran pertahanan luar biasa dan kehadirannya seringkali dapat meninggalkan kesan psikologi ke atas pihak lawan.

“Saya amat kagum. Tak sabar nak tunggu kerjayanya berkembang,” kata seorang lagi warganet.

Lebih menarik, kehadiran Zhang sering mendapat perhatian media dan peminat sepanjang kejohanan ini berlangsung.  Misalnya aksi yang mempertemukan China dengan Jepun pada 27 Jun berjaya mencatatkan 3.6 juta jumlah tontonan.

Menurut FIBA, Zhang merupakan anak kepada bekas pemain bola keranjang China, Yu Ying yang memiliki ketinggian 198 cm.

BACA: Raih Emas Pertama, Nur Farah Izzati Mahu Baiki Kereta dengan Insentif RM3,000

Sumber: Facebook FIBA Women’s Asia Cup, FIBA, ESPNW

Azizah Najib

Menulis tanpa henti