Siakap Keli
gempa bumi peru
Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia

Gempa Bumi 7.2 Magnitud Gegar Peru, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa Bumi 7.2 Magnitud Gegar Peru, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa bumi 7.2 magnitud dilaporkan telah berlaku di pantai tengah Peru pada Jumaat. Susulan itu, amaran tsunami telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa, lapor AFP.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gelombang tsunami dijangka berlaku di sepanjang beberapa garis pantai.

USGS juga berkata gegaran berlaku di 8.8 kilometer dari daerah Atiquipa.

Selain itu, gegaran kuat akibat gempa tersebut akan dirasai di kawasan berhampiran pusat gempa.

Dalam pada itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang sebelum ini melaporkan tiada ancaman tsunami kemudiannya mengeluarkan amaran berkemungkinan berlaku ombak setinggi tiga meter sepanjang pantai.

“Gelombang tsunami berbahaya diramalkan berlaku di beberapa pantai dan ombak boleh mencapai dari 1 hingga 3 meter di atas paras air pasang,” katanya.

Peru, yang mempunyai kira-kira 33 juta penduduk itu terletak di Lingkaran Api Pasifik yang terkenal dengan ‘kerancakan’ aktiviti seismik.

Untuk rekod, negara itu telah dilanda ratusan gempa bumi yang dapat dikesan setiap tahun.

Berita lanjut akan menyusul.

BACA: Anggota Tentera Hilang Ketika Op Ukur Sempadan Di Limbang

Sumber: AFP

BACA: Helikopter TDM Lakukan Pendaratan Cemas, 3 Anggota Dikejarkan Ke Hospital

Azizah Najib

Menulis tanpa henti