Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pemandu bas sekolah ditahan
Kredit: BERNAMA

Pemandu Bas Sekolah Muat Naik Video Kanak-Kanak Ditahan

Azizah Najib

Pemandu Bas Sekolah Muat Naik Video Kanak-Kanak Ditahan

JOHOR BAHRU, 6 Sept (Bernama) — Polis menahan seorang pemandu bas yang memuat naik video dan menyiarkan gambar kanak-kanak dibawanya di Simpang Renggam, Kluang awal pagi ini.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata lelaki tempatan berusia 24 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang pada 2.57 pagi dan merampas telefon bimbit dipercayai digunakannya untuk siasatan lanjut.

“Siasatan sedang dijalankan dan pihak polis mengalu-alukan kerjasama daripada ibu bapa kanak-kanak yang terdapat dalam rakaman video agar tampil bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15 (2) Akta Kanak-Kanak 2001.

BACA: Lelaki Ditahan Rosakkan Kereta Mewah Bekas Majikan

Semalam seorang pengguna media sosial X, berkongsi tangkap layar hantaran TikTok milik pemandu bas sekolah yang merujuk seorang pelajar perempuan sebagai crush dan ‘kesayangan’.

Susulan itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis terhadap pemandu bas berkenaan.

Beliau berkata kelakuan itu tidak boleh diterima dan menjadi normalisasi berikutan tindakan berkongsi gambar atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa adalah melanggar hak serta privasi kanak-kanak (Akta Kanak-Kanak 2001).

BACA: Polis Siasat Penemuan Mayat Terbakar Berhampiran Stesen KTM Serdang

Nancy berkata kementeriannya turut bersedia bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK).

Berdasarkan pemerhatian Bernama di TikTok, pemilik akaun itu mempunyai lebih 600,000 pengikut, merekodkan video ketika memandu bas sekolah dengan wajah pelajar jelas kelihatan.

Sumber: BERNAMA