Siakap Keli
cara buat Thai Milk Bun Viral
Gambar: Facebook

Lembut, Ini Cara Buat Thai Milk Bun Viral

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mudah Je, Ini Resipi Thai Milk Bun Viral

Semakin hari semakin banyak makanan menjadi tular di media sosial.

Tidak kisah sama ada makanan itu merupakan makanan asal negara atau di luar negara, sekiranya viral orang ramai pasti akan mencarinya.

Salah satunya adalah makanan Thai Milk Bun yang mendapat sambutan di Thailand hingga ia menjadi viral di negara ini.

Roti ini mempunyai tekstur yang lembut dan manis, menjadikan ia mudah digemari oleh semua lapisan masyarakat.

Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai pelbagai perisa seperti mentega, nutella, kelapa pandan dan strawberi. Di antara semua perisa ini, perisa Thai Milk Bun paling mendapat sambutan.

Tentu ramai juga yang ingin mencuba membuat roti ini di rumah kerana tidak banyak kedai menyediakannya ataupun asyik sold out sahaja, kan?

Jadi SK hari ini akan berkongsikan resipi Thai Milk Bun oleh BAHAN By The MKs di bawah.

Gambar: Facebook

Bahan-bahan (untuk hasil tiga bekas aluminium 380ml (13.5 cm x 8.5cm))

350 tepung roti

45 gram gula kastor

15 gram instant yeast

1 biji telur

150 ml susu cair sejuk (masukkan sedikit-sedikit)

30 gram butter

3 gram garam

 

Bahan krim 

90 gram unsalted butter

40 gram susu pekat

Campurkan semuanya

 

Bahan topping serbuk susu

70 gram susu tepung

70 gram gula icing 

Campurkan semuanya. 

 

Cara penyediaan

Pertama, uli semua bahan roti, kecuali butter dan garam sehingga sebati (sekitar 3 minit). 

Masukkan butter dan garam, uli sehingga sebati antara 12 minit hingga 15 minit. Rounding, potong dan timbang (25 gram setiap potongan). 

Kemudian, biarkan sehingga 30 minit. Ambil adunan dan kemaskan (rounding) untuk diletakkan dalam bekas aluminium. Rehatkan selama 1 jam. 

Beruskan (salut) adunan roti dengan susu cair sebelum dibakar. Bakar pada suhu 180 darjah Celsius, api atas bawah selama 15 minit atau sehingga masak.

 

Isi krim dan topping

Setelah masak, tunggu roti sehingga sejuk dan lubangkan sedikit bahagian atas roti untuk diisikan krim.

Setelah itu, oleskan krim oles dan letak topping serbuk susu yang telah disiapkan.

Senang kan?  Semoga bermanfaat. 

https://www.facebook.com/groups/2040279369592433/?multi_permalinks=4032997336987283&ref=share

Sumber: BAHAN By The MKs via Facebook Geng Hero Dapur

BACA JUGA: Ngam Buat Minum Petang, Ini Resipi Popia Carbonara Sedap & Mudah

BACA JUGA: Resipi Roti Mayonis Keju Tarik, Ringkas Dan Menyelerakan

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"