Siakap Keli
maroon 5 malaysia
Gambar: Maroon 5/Instagram

Maroon 5 Kembali Ke Malaysia Selepas 12 Tahun

Maroon 5 Kembali Ke Malaysia Selepas 12 Tahun

Penantian bagi peminat kumpulan pop terkenal, Maroon 5 di negara ini sudah berakhir apabila penganjur Live Nation mengumumkan band tersebut bakal kembali mengegarkan Malaysia selepas 12 tahun.

Dalam satu hantaran di Instagram, Live Nation mengumumkan bahawa Maroon 5 akan membuat persembahan di Kuala Lumpur pada Februari tahun depan sebagai sebahagian daripada jelajah Maroon 5 Asia 2025.

Konsert tersebut akan diadakan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 12 Februari 2025.

Penjualan tiket mempunyai empat peringkat, di mana ia akan dimulakan dengan pra-jualan tiket pada 30 September ini, untuk kelab peminat antara jam 11 pagi hinggaa 11:59 malam.

Kemudian pada 3 Oktober pula untuk pra-jualan mastercard yang akan bermula pada 11 pagi dan pada hari yang sama pula akan berlaku pra-jualan Live Nation dari jam 1 tengahari.

Untuk jualan am pula akan bermula pada keesokan harinya, iaitu 4 Oktober dari jam 11 pagi.

Untuk makluman, harga tiket konsert itu akan bermula pada RM398 sehingga RM1,128.

Difahamkan, kumpulan dari Amerika Syarikat (AS) itu akan menjelajah di enam negara Asia termasuk Malaysia menerusi siri jelajah Maroon 5 Asia antara Januari hingga Februari tahun depan.

Konsert jelajah itu akan dimulakan di Manila, Filipina; Jakarta, Indonesia; Bangkok, Thailand; Tokyo, Jepun; Kuala Lumpur, Malaysia dan Kaohsiung, Taiwan.

https://www.instagram.com/p/C_rjdEFSWcq/?utm_source=ig_embed&ig_rid=130ab43f-f89e-42a5-8682-5e110402093c&fbclid=IwY2xjawFL33pleHRuA2FlbQIxMAABHTe-K3MqILGsjzJ0-Sm8zR2Sz5MwB-O4ozsmGbdZJVloiyhEmUpgEc07RA_aem_7wsfLWcM1oOUWFPH9KUN4w

Sumber: Live Nation/Instagram

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.