Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Mayat Bayi Bawah Lantai Simen: Polis Perak Mohon Kerjasama JIM Kesan Suspek
IPOH, 9 Sept (Bernama) — Polis Perak memohon kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak bagi mengesan suspek wanita warga Indonesia untuk membantu siasatan kes penemuan mayat bayi perempuan yang ditanam di bawah lantai simen di sebuah rumah, di Taman Sri Rokam di sini pada 28 Ogos.
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata setakat ini pihaknya sedang giat menjejaki wanita terbabit.
Mayat bayi malang itu ditemukan oleh pemilik rumah terbabit yang menyewakan rumah itu kepada suspek sejak tiga tahun lepas.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis akan memohon untuk melanjutkan tempoh reman seorang lelaki tempatan berkaitan hantaran komen berbaur fitnah menerusi Facebook terhadap anggota polis yang terkorban dalam insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Mei lepas.
Beliau berkata permohonan melanjutkan reman itu susulan masih banyak aspek siasatan belum selesai.
“Tempoh reman suspek akan berakhir hari ini, dan ada beberapa dokumen melibatkan institusi serta jabatan lain masih belum diterima.
“Selepas selesai, baru kita akan rujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk sebarang pertuduhan terhadap suspek,” katanya.
Pada 5 Sept lepas, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah menahan suspek berusia 25 tahun itu di sebuah kediaman di Masai, Johor.
Suspek yang disyaki pemilik akaun menggunakan nama ‘Wan Qayyum’ itu dipercayai menulis komen mendakwa Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, mangsa insiden serangan Balai Polis Polis Ulu Tiram mengambil rasuah.
Sumber: BERNAMA