Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
ulang tahun nurin
Kredit: Astro Gempak/Sinar Harian
Tiada Kategori

Ulang Tahun Ke-25, “Rindu Kami Kepada Arwah Nurin Tak Pernah Padam” – Bapa

Azizah Najib

Ulang Tahun Ke-25, “Rindu Kami Kepada Arwah Nurin Tak Pernah Padam” – Bapa

Kelahiran cahaya mata yang dinanti menjadikan kehidupan bertambah ceria dan bahagia buat mana-mana pasangan berkahwin. Namun, menerima khabar berita kehilangan si kecil bak menoreh luka terdalam, apatah lagi disusuli berita pembunuhan kejam anakanda yang dinanti kepulangannya.

Kehilangan cahaya mata yang selama ini menceriakan keluarga amat memilukan jiwa sesiapa sahaja. Biarpun peristiwa itu telah bertahun-tahun berlalu, detik hitam itu tidak akan pernah hilang dari jiwa seorang bapa.

Itulah yang ditanggung selama 17 tahun oleh bapa mangsa pembunuhan kejam, Jazimin Abdul Jalil.

Nurin Jazlin, satu nama yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu apabila si kecil dilaporkan hilang, yang kemudiannya ditemui telah dibunuh dengan kejam.

BACA: “Rindu..,” Nukilan Pilu Bapa Bayi Maut Di Taska Buat Ramai Sebak

Setiap tahun, 11 September menjadi detik kiraan bertambahnya usia Nurin, yang kini mungkin membesar sebagai seorang gadis berusia 25 tahun. Jazimin tidak pernah melupakan kenangan menyambut ulang tahun kelahiran anak kecilnya itu.

Ulang tahun Nurin Jazlin, rindu tidak pernah padam

“Rindu kami kepada arwah kak ngah (Nurin Jazlin) tidak pernah padam. Setiap masa saya rindu anak saya, setiap tahun apabila tibanya tarikh ini, pasti saya akan teringat kenangan bersamanya. Beli kek, hadiah dan segala yang dia mahu,” kenangnya ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Gempak.

Menerusi laman sosial TikTok miliknya, Jazimin turut memuat naik gambar si kecil yang dirindui bersempena hari kelahiran puterinya itu. Perkongsiannya mendapat perhatian warga maya yang turut mendoakan keadilan buat mereka sekeluarga.

https://www.tiktok.com/@jazminjazz/photo/7413210745845959957

Imbas kembali, Sinar Harian melaporkan kes kehilangan Nurin Jazlin yang ketika itu berumur lapan tahun mendapat perhatian seluruh negara apabila kejadian itu bertukar kepada kes pembunuhan.

Menurut bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kes Nurin yang berlaku pada 2007 merupakan kes pertama melibatkan kejadian pembunuhan kejam semasa beliau menjawat jawatan tersebut. Berikutan kes ini, talian NUR diwujudkan bagi memastikan kes kehilangan kanak-kanak dapat dikesan segera.

BACA: Bayi Lelaki 30 Hari Meninggal Dunia Selepas Diberi Susu Di Pusat Jagaan Berpantang

“Saya jadi geram dan marah. Apalah dosa kanak-kanak itu diperlakukan sedemikian. Kanak-kanak itu tidak berdosa, malah dia tidak mengerti apa-apa.

“Maka selepas kejadian itu, saya turut ambil inisiatif wujudkan talian NUR supaya jika ada kes seumpama ini maka ia dapat dikesan segera dan pelaku dapat dibawa ke muka pengadilan dan dihukum sewajarnya,” kata beliau.

Jun lalu, ahli keluarga Nurin juga pernah merayu agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak polis teruskan siasatan sehingga pembunuh kejam anak keduanya itu dihadapkan ke mahkamah dan menerima hukuman setimpal.

Sumber: Astro Gempak, Sinar Harian (1) (2)

BACA: Pemandu Bas Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Dua Kanak-kanak