Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dilapor Hilang, Polis Mohon Kesan Qaseh Amyra

Athirah
Polis Mohon Kesan Qaseh Amyra

Dilapor Hilang, Polis Mohon Kesan Qaseh Amyra

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan yang dilapor hilang sejak 11 September lepas.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Polis Kota Setar, Qaseh Amyra Abdullah, 15, dilapor keluar dari rumah keluarganya di Taman Sentosa, di Alor Setar, Kedah dengan membawa beg berwarna ungu.

Polis mohon bantuan kesan Qaseh Amyra

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, Qaseh Amyra mempunyai rambut separa leher, berkulit hitam manis, berketinggian kira-kira 150cm dan miliki berat badan 43/45 kg.

“Dia juga memiliki kening nipis, mempunyai mulut sederhana, memiliki sepasang mata yang besar dan berbadan kurus,” kata Polis Kota Setar.

Sehubungan dengan itu, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kehilangan remaja perempuan berkenaan untuk melaporkan ke balai polis berdekatan.

Orang ramai juga boleh terus menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, SJN Siti Nur Azirah Binti Arzemi di talian 04-7747222 atau 04-7747203

BACA: Pelan Ibu Nak Ajar Anak Erti Susah Cari Duit Tak Menjadi, Anak Raih RM6k Jual Ayam Goreng

Sumber: Polis Kota Setar via Facebook