Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
khairul aming 100 staf bercuti
Gambar: Khairual Aming

Khairul Aming Tempah Hotel 5 Bintang, Bawa 100 Orang Staf Bercuti

Athirah

Khairul Aming Tempah Hotel 5 Bintang, Bawa 100 Orang Staf Bercuti

Pempengaruh terkenal tanah air, Khairul Aming merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Selain popular menerusi video-video masakan, beliau juga merupakan sosok yang dikenali sebagai majikan yang sangat menitikberatkan kebajikan pekerja dibawahnya.

Terbaru melalui satu perkongsian di akaun X miliknya, beliau yang turut mesra disapa sebagai KA berkongsi berita gembira apabila membawa kakitangannya bercuti ke Pulau Pinang.

“Kita tutup kilang selama lima hari untuk bawa semua 100 orang kakitangan Khairulaming untuk bercuti di Pulau Pinang,” katanya.

Bukan itu sahaja, beliau turut menempah hotel bertaraf lima bintang sebagai tempat penginapan untuk semua kakitangan yang dibawa bercuti di Pulau Mutiara itu.

Malah, semua kakitangan turut diberikan duit poket untuk dibelanjakan seperti membeli belah sepanjang berada di sana.

Siap sedia duit poket, Khairul Aming bawa 100 staf bercuti di hotel lima bintang

Pelbagai aktiviti menarik turut dirancang antaranya berkunjung ke Escape Park, bermain parasailing, banana boat dan jetski serta meneroka bandar Goergetown.

Selain itu, acara grand dinner turut diadakan sebagai penghargaan ke atas penat lelah semua kakitangannya membangunkan jenama KA selama ini.

“Yang penting semua kakitangan dapat berehat dan bercuti dengan gembira,” katanya lagi.

Adakan pertemuan dengan Perdana Menteri New Zealand

Terdahulu, KA turut mencuti tumpuan rakyat Malaysia apabila beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon yang mengadakan lawatan ke negara ini.

Menurut Astro Awani, pertemuan itu diadakan selepas Luxon tertarik dengan video masakan dan percutian ke New Zealand yang dihasilkan oleh KA sebelum ini.

Difahamkan, pertemuan itu diserikan dengan demonstrasi memasak roti jala dan perbualan antara kedua-dua individu itu selama selama 30 minit sambil bersarapan bersama.

Sementara itu, KA turut berkongsi momen istimewa itu menerusi satu hantaran di akaun X rasmi miliknya.

“Hari ni Khairul Aming dan Perdana Menteri New Zealand berjumpa sebagai tanda penghargaan dari pihak New Zealand untuk video masak yang kita buat dekat sana.

“Lapan tahun lalu, saya merekod video memasak pertama saya sambil duduk di atas lantai.

“Hari ini, saya diberikan peluang untuk duduk di sebelah Perdana Menteri sebuah negara yang terkenal,” katanya.

BACA: Bekas Pelumba GP Negara, Elly Idzlianizar Ilias Meninggal Dunia

Sumber: Khairul Aming