Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Bersempena MAHA 2024

Nurul Naqiyah
mou maha
Sumber : BERNAMA

Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Bersempena MAHA 2024

PUTRAJAYA, 13 SEPTEMBER 2024 – Pertukaran 11 Memorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding, MOU) pada hari ketiga Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 telah berjaya dilaksanakan. Sesi pertukaran MOU melibatkan kerjasama strategik antara 16 syarikat dan institusi tempatan, serta 9 syarikat dari luar Negara.

Majlis Pertukaran MOU ini diadakan bagi mengoptimumkan platform MAHA 2024 sebagai ekspo pertanian utama Negara, dengan meningkatkan serta menggalakkan kerjasama perdagangan dan pelaburan dari dalam dan luar negara.

Inisiatif ini juga, merupakan salah satu komponen di bawah segmen MAHA Go Global, yang diperkenalkan bagi mengembangkan industri dan komoditi sektor agromakanan Negara melalui penyertaan aktif institusi dan syarikat di dalam MAHA 2024.

YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, telah menyaksikan pertukaran MOU antara syarikat-syarikat yang hadir. Kerjasama yang terjalin meliputi aktiviti perdagangan dua hala, melibatkan komoditi agromakanan seperti nanas, durian, sarang burung, produk ayam dan input pertanian.

Selain daripada itu serta kerjasama berkaitan agroteknologi dan pertanian lestari turut dimeterai. Nilai MOU yang terlibat mencecah nilai RM242.75 juta. Pertukaran dokumen ini melibatkan syarikat dan organisasi daripada luar negara seperti daripada Denmark, Perancis dan China.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mensasarkan sejumlah RM6.0 bilion nilai potensi pelaburan dan perdagangan secara keseluruhannya, melalui pelbagai kerjasama yang dijalin sepanjang penganjuran MAHA 2024.