Nur Fazura Failkan Penceraian Terhadap Fattah Amin
Aktres dan penyanyi, Nur Fazura dilapor telah menfailkan penceraian terhadap pelakon, Fattah Amin, selepas tujuh tahun bersama.
Menurut Gempak, Fazura menfailkan penceraian tersebut pagi tadi di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, di Selangor.
Perkara berkenaan dimaklumkan kepada portal hiburan tersebut oleh sumber yang enggan dikenali.
Terdahulu, timbul tanda-tanya melibatkan rumah tangga Fazura, 40, dengan Fattah, 33, selepas masing-masing dilihat tidak lagi berkongsi foto bersama di media sosial masing-masing.
Menurut Gempak lagi, Fattah pada Ogos lepas bagaimanapun menafikan khabar angin bahawa mereka berdepan dengan masalah rumah tangga.
Malah, Fattah turut menegaskan hubungannya dengan Fazura sebagai suami isteri berada dalam keadaan baik.
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 2017 dan memiliki seorang cahaya mata bernama Nur Fatima Aisya, 4.
BACA: Pengasuh Taska Didakwa Bunuh Bayi Lapan Bulan
Sumber: Astro Gempak