Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cuaca Buruk Diramal Landa 5 Negeri

Iqbal Yasir
cuaca buruk 5 negeri
Gambar: BERNAMA

Cuaca Buruk Diramal Landa 5 Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga tengah hari ini.

Dalam satu kenyataan, MetMalaysia berkata cuaca buruk itu dijangka melanda Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor sehingga 12 tengah hari.

“Di Pahang, hujan hanya melibatkan daerah Rompin, manakala Selangor pula di kawasan Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

“Kuala Lumpur dan Putrajaya sementara Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing merupakan kawasan yang terlibat dengan cuaca buruk di Johor,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia/Facebook