Siakap Keli
boost bank pks

Boost Bank Lancar Penyelesaian Pembiayaan PKS 

Boost Bank Lancar Penyelesaian Pembiayaan PKS 

KUALA LUMPUR, 19 September 2024 – Bank digital tempatan, Boost Bank mengumumkan pengenalan perkhidmatan Pembiayaan PKS baharu yang akan dilancarkan pada awal bulan Oktober.

Boost Bank bakal menampilkan dua produk pembiayaan utama: Pinjaman Berjangka (Term Loan) dan Kredit Pusingan (Revolving Credit), ini sekaligus merupakan penanda aras penting bagi Boost Bank dalam usahanya untuk menjadi bank digital pertama di Malaysia yang menawarkan penyelesaian kewangan dengan penyesuaian khas yang direka khusus untuk memenuhi keperluan perniagaan tempatan.

Ini memperkukuh komitmen Boost Bank dalam memacu pemerkasaan kewangan dan keterangkuman bagi PKS dan perusahaan mikro di seluruh negara.

Penyelesaian Pembiayaan PKS Boost Bank menawarkan proses permohonan mudah yang melibatkan hanya dokumentasi minimum, tiada yuran tersembunyi dan jumlah pembiayaan dari RM50,000. Dengan proses pembiayaan yang pantas, perniagaan boleh mendapatkan modal dalam masa yang singkat, terutamanya pada waktu yang amat diperlukan.

Pembiayaan ini turut direka untuk menyediakan penyelesaian kewangan fleksibel yang memenuhi pelbagai keperluan PKS di Malaysia agar terus berkembang maju.

Kemudahan Pinjaman Berjangka menawarkan tempoh sehingga 36 bulan dan tanpa sebarang yuran penyelesaian awal — ini membolehkan perniagaan menguruskan aliran tunai mereka dengan lebih cekap. Pilihan pembayaran balik yang fleksibel pula memastikan perniagaan boleh membuat bayaran balik lebih awal, tanpa dikenakan sebarang denda dan pada bila-bila masa yang bersesuaian dengan kitaran perniagaan mereka.

Kemudahan Kredit Pusingan pula menyediakan akses pantas kepada dana, memperkasakan perniagaan untuk bertindak balas secepatnya terhadap peluang dan cabaran dengan keyakinan kewangan. Produk ini direka untuk disesuaikan ke atas keperluan kewangan unik setiap PKS, dan bukan berdasarkan pendekatan seragam.

boost bank pks

Ketua Pegawai Eksekutif Boost Bank, Fozia Amanulla berkata: “Di Boost Bank, misi kami adalah untuk mengubah keterangkuman kewangan dan menyuntik kesan berpanjangan bagi komuniti yang kurang mendapat akses atau tanpa akses kepada perkhidmatan kewangan di Malaysia. Dengan memanfaatkan inovasi digital serta ekosistem teknologi kewangan, kami tidak sekadar menawarkan produk kewangan—kami sedang mencipta sebuah platform yang memperkasakan PKS di Malaysia untuk mengatasi halangan serta melonjakkan potensi sebenar mereka.

Penyelesaian Pembiayaan PKS kami direka untuk menjadi pantas, fleksibel, dan mudah diakses, memberikan perniagaan kecil dorongan penting yang mereka perlukan untuk memacu kejayaan mereka di seluruh negara.”

boost bank pks

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost, Sheyantha Abeykoon pula berkata: “Dalam usaha berterusan kami untuk membina asas bagi ekosistem kewangan digital bersepadu, pengenalan penyelesaian Pembiayaan PKS kami ini menandai satu detik penting dalam perjalanan tersebut. PKS bukan sahaja merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia, tetapi juga merupakan enjin inovasi, pertumbuhan dan juga daya tahannya.

Di Boost, kami mempercayai pemerkasaan peniagaan melalui inovasi digital, dan usaha ini adalah bukti komitmen kami untuk memupuk keterangkuman kewangan serta kemapanan pertumbuhan bagi sektor ekonomi yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan. Ini bukan sekadar menyediakan pembiayaan, tetapi juga menjadi rakan kongsi kepada PKS untuk memacu kejayaan jangka panjang mereka dan menyumbang kepada transformasi ekonomi Malaysia yang lebih luas.”

Berdasarkan kepakaran yang telah dibangunkan selama lima tahun melalui Boost Credit, perniagaan pembiayaan Boost Bank akan bermula dengan portfolio pembiayaan melebihi RM120 juta daripada Boost Credit. Asas yang kukuh ini membolehkan Boost Bank menawarkan lebih banyak penyelesaian komprehensif khusus dengan keperluan perniagaan tempatan.

Perniagaan yang ingin meneroka penyelesaian Pembiayaan PKS Boost Bank digalakkan untuk mendaftar minat mereka di sini. Boost Bank akan menilai setiap permohonan berdasarkan kriteria yang spesifik, dan pelanggan yang layak akan dihubungi untuk berbincang tentang peluang pembiayaan yang khusus untuk keperluan mereka.

Pendaftaran sendiri akan disediakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://myboostbank.co/business/financing

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.