Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Pelajar Madrasah amang seksual
Gambar: Bernama

Tiga Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah Lakukan Amang Seksual

Iqbal Yasir

Tiga Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah Lakukan Amang Seksual

SEREMBAN, 19 Sept (Bernama) — Tiga pembantu pelajar sebuah madrasah di Kuala Pilah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 14 pertuduhan melakukan amang seksual terhadap lima kanak-kanak pada 2022 dan 2023.

Tertuduh 1 (21), tertuduh 2 (20) dan tertuduh 3 (22) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Tertuduh 1 berdepan lima pertuduhan termasuk satu pertuduhan iaitu membuat seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun melakukan sentuhan fizikal secara seksual terhadap dirinya iaitu kesalahan di bawah Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKKSTKK 2017).

Dia juga didakwa melakukan sentuhan seksual fizikal terhadap dua lagi kanak-kanak lelaki berusia sembilan dan 11 tahun, dengan kesemua kesalahan dilakukan di madrasah itu pada 2022 mengikut Seksyen 14 (a) AKKSTKK 2017.

Kesalahan-kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Tertuduh 2 pula berdepan enam pertuduhan amang seksual dengan melakukan sentuhan seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki yang sama berusia 10 dan 11 tahun di lokasi sama pada tahun lepas.

Tertuduh 3 juga didakwa dengan tiga pertuduhan yang sama terhadap dua kanak-kanak lelaki lain berusia 10 tahun di lokasi sama antara Jun hingga Disember tahun lepas.

Kesalahan berkenaan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 (a) AKKSTKK 2017 yang turut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi mencadangkan jaminan RM30,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa dan saksi, perlu melapor diri ke balai polis setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah serta tertuduh boleh dihubungi pihak berkuasa pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, bapa kepada tertuduh 1 dan tertuduh 2 serta abang tertuduh 3 yang menjamin mereka memohon jaminan rendah dikenakan atas alasan tidak mampu membayar jaminan tinggi.

Hakim Surita kemudian membenarkan kesemua tertuduh dijamin RM12,000 bagi setiap pertuduhan serta syarat tambahan yang dikemukakan Nurul Balkis, selain penjamin perlu memastikan tertuduh hadir ke mahkamah.

Mahkamah menetapkan 30 Okt ini untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tiga suspek kes liwat yang ditahan dalam Op Global baru-baru ini didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.

Minggu lepas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISB Holdings dan menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja, masing-masing 201 lelaki dan 201 perempuan berumur setahun hingga 17 tahun.

Sumber: BERNAMA