‘Mat Motor’, ‘Mat Kereta’ Kena Datang ke Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil Hujung Minggu Ini
Dunia permotoran di Malaysia seperti semua tahu mempunyai komuniti yang sangat besar dan kuat. Buktinya, kalau ada mana-mana event pasti akan dibanjiri dengan ribuan peminat kereta ataupun motosikal dari setiap lapisan umur bermula dari remaja sehingga warga emas.
Kalau korang memang betul-betul peminat tegar dengan bidang automotif dan permotoran, korang wajib datang ke Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (Gate B) dari 20 hingga 22 September 2024 atau lebih tepat hujung minggu ini.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menganjurkan MARA Automotive Ecosystem (MATEC) buat julung kalinya tahun ini. MATEC 2024 adalah Autoshow yang melibatkan usahawan-usahawan MARA dan barisan pemain industri Automotif yang bakal menghimpunkan pelbagai jenama dalam dan luar negara.
@matec.official Temu janji kita di MATEC2024 Pelbagai aktiviti kami bawakan Jumpa anda di sana !! 📅 Dates: 20/09/2024 – 22/09/2024 🕰️ 10 pagi – 10 Malam 📍 Location: Parking B, Stadium Nasional Bukit Jalil #matec2024 #motorcycle #hondamalaysia #bydmalaysia #mara #fyp #MalaysiaMADANI
Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung antaranya persembahan Blitz Music, Meet & Greet dengan beberapa ikon permotoran, pertandingan Push Bike dan Mini 4WD, Padanan Perniagaan dalam kluster automotif dan banyak lagi.
Pada kaki-kaki Mobile Legends, turut diadakan pertandingan Mobile Legends Bang Bang yang diberi nama MATEC Legend Cup. Siapa bakal menjadi juara untuk pertandingan ini? Korang kena datang dan saksikan sendiri pertarungan hebat team-team ML berentap bagi merebut gelaran juara.
Lebih 100 exhibitors yang melibatkan pelbagai jenama kereta tempatan dan luar negara seperti Perodua, Jaecoo, BYD, Volkswagen, Volvo dan banyak lagi. Turut diadakan XMAX Bike Gathering yang akan menghimpunkan ratusan penunggang sejati XMAX dari seluruh Malaysia.
Kalau korang tak nak bersesak naik kereta sendiri, korang boleh menggunakan cara alternatif dengan menaiki kemudahan LRT dan turun di stesen Bukit Jalil. Jangan lupa, hujung minggu ni kita serbu Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil dari 20 hingga 22 September 2024.
Maklumat lanjut boleh follow media sosial rasmi MATEC 2024 di Facebook, Instagram dan Tiktok