Siakap Keli
mara buka permohonan taja
Gambar: BERNAMA

MARA Buka Permohonan Taja Graduan Cemerlang Sambung Pengajian Peringkat Pasca Siswazah

MARA Buka Permohonan Taja Graduan Cemerlang Sambung Pengajian Peringkat Pasca Siswazah

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan MARA akan mula membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara.

Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata iklannya bakal dikeluarkan pada bulan depan.

“MARA akan mula membuka permohonan untuk tajaan kepada yang mahu sambung belajar peringkat Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (PhD) dalam dan luar negara, semua dialu-alukan memohon.

“Hebahan ini adalah makluman awal mengenai universiti dan kursus terpilih untuk tajaan pelajaran MARA Graduate Excellence Programme (GrEP) 2024,” katanya di Facebook.

Beliau berkata tawaran tersebut terbuka kepada pelajar cemerlang lepasan Ijazah Sarjana Pertama atau Sarjana bagi melanjutkan pengajian peringkat pasca siswazah.

“Pemohon boleh melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana (Dalam Negara), Ijazah Kedoktoran/PhD (Dalam Negara) di institusi pengajian tinggi (IPT) dan Ijazah Sarjana (luar negara) di universiti terpilih di luar negara.

“Ia mengikut bidang tertentu yang memberi impak besar kepada keperluan negara,” ujarnya.

Bagi mereka yang mahu membuat permohonan tersebut boleh membuat semakan di pautan https://online.anyflip.com/shdgj/tksb/mobile/index.html bagi mengetahui lebih lanjut mengenai program serta universiti.

Sumber: Facebook/Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana