Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TPM Zahid Sambung Pengajian PhD Kedua, Pilih Bidang TVET 2.0 Di UTeM

PHD
Kredit: Facebook Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kembali bergelar pelajar apabila mendaftar untuk mengikuti pengajian Doktor Falsafah (PhD) kedua di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Selasa.

Perkembangan itu dikongsikan Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menerusi Facebook yang memaklumkan Ahmad Zahid memilih bidang TVET 2.0 sebagai tumpuan pengajian dan penyelidikannya kali ini.

Menurut Ahmad Maslan, beliau turut hadir bersama dua menteri ketika Ahmad Zahid mengisi borang pendaftaran dan menerima kad pelajar daripada Naib Canselor UTeM, Prof Ts Dr Massila Kamalrudin.

Dalam perkongsian sama, Ahmad Maslan mengucapkan tahniah kepada Ahmad Zahid dan menyifatkan bidang pengajian yang dipilih itu bersesuaian dengannya.

Beliau turut mendoakan agar segala urusan pengajian serta penyelidikan PhD kedua Ahmad Zahid dapat diselesaikan dengan jayanya.

Intipati
  • Ahmad Zahid mendaftar pengajian PhD kedua di Universiti Teknikal Malaysia Melaka pada Selasa.
  • Ahmad Maslan memaklumkan bidang TVET 2.0 menjadi tumpuan pengajian dan penyelidikan Ahmad Zahid.
  • Ahmad Zahid menerima kad pelajar daripada Naib Canselor UTeM, Prof Ts Dr Massila Kamalrudin.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan