Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
mangsa banjir kedah 7494
Kredit: Bernama

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat Kepada 7,494 Pagi Ini

Azizah Najib

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat Kepada 7,494 Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Jumlah mangsa banjir di Kedah menunjukkan peningkatan pagi ini dan Pulau Pinang pula mencatatkan penurunan manakala di Perlis, Selangor dan Perak jumlah mangsa kekal seperti malam tadi.

Di Kedah, jumlah mangsa yang dipindahkan bertambah kepada 7,494 orang setakat 8 pagi ini, meningkat berbanding 6,760 pada 8 malam tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa di negeri itu melibatkan 2,445 keluarga dan mereka ditempatkan di 42 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah.

Daerah Kota Setar mencatatkan jumlah teramai iaitu 3,292 orang diikuti Kubang Pasu (1,811 orang), Pendang (1,127 orang), Pokok Sena (952 orang), Kuala Muda (184 orang) dan Bandar Baharu 128 orang.

BACA: Fasa Peralihan Monsun Mula 24 Sept, Bawa Hujan Lebat & Angin Kencang

Sementara itu, laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan paras air di lima sungai di Kedah berada pada paras bahaya. Sungai itu ialah Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Sungai Bata di Kampung Bata di Kubang Pasu serta Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar.

Di Pulau Pinang, jumlah mangsa menurun kepada 259 orang yang masih ditempatkan di PPS negeri itu hingga 7.18 pagi ini berbanding 427 orang malam tadi.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pulau Pinang, kesemua mereka daripada 72 keluarga itu ditempatkan di lima PPS di daerah Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS).

“Di SPU, seramai 199 orang daripada 37 keluarga di tempatkan di tiga PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Menora, SK Lahar Yooi dan Pusat Penempatan Banjir Labuh Banting manakala satu PPS di SPT iaitu di Sekolah Rendah Islam Maahad At Tarbiah Guar Jering seramai 20 orang daripada enam keluarga dan di SPS pula 40 orang daripada 19 keluarga ditempatkan Dewan MPKK Sanglang,” menurut laporan itu.

Pagi ini, cuaca di seluruh Pulau Pinang baik dan cerah serta tiada hujan atau angin kuat.

BACA: Gamer Terkenal, Listy Chan Umum Peluk Islam

Di Selangor, Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan satu PPS di Institut Pengurusan Peladang Tanjong Karang di Kuala Selangor kekal dengan 101 mangsa daripada 36 keluarga masih berlindung di PPS berkenaan.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Kuala Langat menerusi hantaran di Facebook rasmi meminta orang ramai berwaspada dan menjauhi kawasan pantai sekitar daerah itu bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku susulan fenomena air laut pasang besar yang dijangka berakhir hari ini.

Di Perlis, jumlah mangsa banjir tiada perubahan apabila masih sama iaitu seramai 90 orang yang berada di tiga PPS setakat 8 pagi ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata di PPS SK Sena di Kangar terdapat seramai 10 mangsa banjir manakala SK Dato Ahmad Musa (47 orang) dan SK Kubang Gajah (33 orang) di Arau.

BACA: Bumi Bakal Punyai ‘Bulan Mini’ Sementara Selama Dua Bulan

“Mangsa yang terjejas banjir ini dari kampung antaranya Kampung Sungai Padang dan Kampung Kubang Gajah bagi kawasan Arau manakala Kampung Tok Kandang, Kampung Bakau, Kampung Sena dan Kampung Seberang Tambang di kawasan Kangar,” katanya.

Di Perak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan pagi ini memaklumkan satu PPS masih dibuka di Bagan Serai iaitu di SK Changkat Lobak melibatkan 16 mangsa banjir daripada tiga keluarga berikutan limpahan air Sungai Kerian semalam, menyebabkan kawasan Kampung Matang Tengah dinaiki air.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut melanda kesemua daerah di Perak pada petang ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak pula memaklumkan Jalan Raya Timur Barat Kupang Gerik–Jeli, Hulu Perak kekal satu lorong dibuka untuk laluan akibat tanah runtuh, selain laluan FT147 Jalan Bagan Serai-Changkat Lobak di Kerian jalan dibuka kepada kenderaan berat sahaja.

Sumber: Bernama