Pernah Terfikir Ikan Rasa ‘Dahaga’ Tak, ‘Minum’ Air Macam Mana? Ini Jawapannya
Banyak perkara sebenarnya berlaku di sekeliling kita setiap hari. Ada yang terjadi berada dalam pengetahuan kita dan ada juga situas-situasi tertentu berjalan tanpa kita sedari ataupun peduli.
Kejadian-kejadian yang berlaku dalam alam ini sebenarnya sangat menarik untuk kita perhati dan fikirkan. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya dan pada masa yang sama jika diteliti, akan menambah pengetahuan kita.
Misalnya, pernah tak anda terfikir adakah ikan yang sepanjang masa berada di dalam air pernah merasa dahaga? Jika ya, bagaimana pula caranya hidupan ini minum air untuk menghilangkan rasa dahaga tersebut?
Jadi kali ini, kami di SK ingin berkongsi serba sedikit fakta menarik untuk menjawab dua persoalan di atas, seterusnya dapat menambah pengetahuan kita tentang alam ini.
Ikan rasa dahaga tak, macam mana ikan minum air?
Menurut portal Live Science, sama seperti makhluk bernyawa lain juga merasa dahaga dan perlu ‘minum’ air untuk meneruskan hidup.
Namun cara ikan merasa dahaga dan ‘minum’ air adalah tidak sama dengan manusia atau hidupan darat lain. Malah, jumlah air yang diperlukan ikan juga bergantung kepada kepekatan garam dalam air di sekitarnya.
Ahli biologi marin di Universiti Hawaii, Tim Grabowski berkata memang ikan ada minum air, sama ada air tawar atau masin, melalui mulutnya.
Namun ikan sebenarnya lebih banyak menyerap air untuk keperluan badannya melalui insang dan juga kulit. Proses ini dipanggil sebagai osmosis.
Melalui proses osmosis, air mengalir menerusi membran daripada kawasan dengan kepekatan larutan yang rendah ke kawasan kepekatan larutan yang tinggi sehingga sel mencapai keseimbangan dengan linkungan luarnya.
Menurut Live Science, contoh berkenaan dapat dilihat pada ikan di lautan yang berada di sekeliling air yang masin.
Air laut mengandungi sekitar tujuh auns garam terlarut setiap gelen (35 gram per liter), manakala kandungan garam dalam darah kebanyak ikan adalah sekita 1.2 auns garam per galon (sembilan gram per liter).
Ketidakseimbangan ini akan sentiasa menyebabkan ikan sentiasa kehilangan air dalam badannya kepada persekitaran luar. Sel-sel dalam tubuh ikan juga akan boleh terjejas dengan kandungan garam yang masuk.
Jadi, jumlah air yang diminum ikan sangat bergantung kepada jumlah garam yang berada pada persekitaran habitatnya.
“Jadi ikan di lautan akan sentiasa merasa dahaga dan perlu minum air”, kata Tim lagi.
Bagi mengatasi masalah ini, ikan mempunyai cara tersendiri untuk mengekalkan kandungan air yang diserap dan pada masa yang sama menyingkirkan kandungan garam.
Boleh mendatangkan kesan buruk jika terlalu banyak minum air
Insang ikan memiliki sel khusus yang dikenali sebagai sel klorida untuk tujuan tersebut. Secara asasnya, sel ini bertindak seperti pam kecil yang aktif mengeluarkan garam dari badan ikan.
Ikan di lautan juga jarang membuang air kecil untuk mengekalkan air dalam badan sebanyak mungkin.
Untuk pengetahuan anda juga, situasi ikan tawar pula berbeza dengan situasi yang dihadapi ikan di lautan. Ikan air tawar berdepan situasi dimana air diserap masuk ke dalam badannya sepanjang masa.
Kurator di Jabatan Ichthyology di Muzium Sejarah Alam Amerika di New York City, Melanie Stiassny berkata, air yang terlalu banyak dalam badan boleh membahayakan ikan air tawar.
Ini kerana, ia boleh menjejaskan kandungan garam dalam darah ikan air tawar yang mana sangat penting untuk mengatur darah serta menyokong fungsi otot.
Berbeza dengan ikan di lautan, ikan air tawar sepanjang masa bekerja keras untuk menghalang air daripada menyerap masuk ke dalam tubuhnya.
Salah satu cara ikan air tawar menyingkirkan kandungan air dalam badannya adalah dengan kerap membuang air kecil.
Sama seperti ikan di lautan, ikan air tawar juga mempunyai sel klorida namun berbeza fungsinya. Sel klorida pada ikan air tawar bertindak menarik kandungan garam dalam air ke dalam tubuh ikan.
BACA: Juara Masterchef Indonesia Dakwa Nasi Kandar Malaysia Rasa Berpasir & Rempah Tak ‘Asli’
Sumber: Live Science