Siakap Keli

Juara Masterchef Indonesia Dakwa Nasi Kandar Malaysia Rasa Berpasir & Rempah Tak ‘Asli’

Masterchef Indonesia Dakwa Nasi Kandar Malaysia Rasa Berpasir & Rempah Tak ‘Asli’

Semua sudah pun sedia maklum bahawa nasi kandar merupakan makanan yang sangat popular di Malaysia sejak sekian lama.

Hidangan nasi putih bersama ayam goreng berempah dan bendi rebus yang diganding bersama kuah kari campur adalah imej nasi kandar standard yang sentiasa segar di minda rakyat Malaysia.

Selain itu, nasi kandar sebenarnya boleh dinikmati semua orang, tanpa mengira umur dan bangsa. Malah, ada yang menjadikan nasi kandar sebagai makanan hariannya, tak kira siang atau pun malam.

Pendek kata, kalau hendak cari hidangan nasi kandar yang asli, Malaysia adalah lokasi yang paling tepat buat semua.

Menurut sejarah-sejarah lama, hidangan ini dipercayai mula muncul di Pulau Pinang dan dipopularkan oleh peniaga India-Muslim.

Biarpun terdapat cawangan kedai nasi kandar di seluruh semenanjung, namun pemburu nasi kandar sanggup berkunjung ke negeri itu demi menikmati sepinggan nasi kandar ‘ori’.

Rasa ‘berpasir’ & rempah tak ‘asli’, dakwa juara Masterchef Indonesia tentang nasi kandar Malaysia

Namun baru-baru ini, kenyataan juara Masterchef Indonesia musim kelima, Stefani Harison berkenaan nasi kandar ketika tampil dalam Youtube Boengkoes mencetuskan sedikit perdebatan dalam kalangan warga maya.

Apa tidak, pandangan Stefani tentang nasi kandar di Malaysia memang mengejutkan dan sukar diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini.

Stefani berkata, dia pernah beberapa kali mencuba hidangan nasi kandar sepanjang menetap di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, dia mendapati bahawa nasi kandar yang dijual di Malaysia ada kekurangan dan kurang berperisa. Lebih mengejutkan, dia juga mendakwa kuah nasi kandar di Malaysia rasa berpasir.

“Kalau di Malaysia, mereka menggunakan serbuk rempah. Kalau dituang rasa berpasir,” kata Stefani.

Disebabkan pengalaman itu, dia nekad membuka restoran nasi kandar sendiri selepas pulang ke Indonesia.

Dalam temu bual bersama Boengkoes itu, Stefani mendakwa nasi kandarnya menggunakan bahan-bahan masakan yang segar.

Misalnya, rempah ratus yang digunakan adalah asli yang dihasilkan sendiri secara manual. Ia tidak sama dengan serbuk kari segera seperti yang didakwanya digunakan dalam penyediaan kuah nasi kandar Malaysia.

Oleh itu, Stefani merasa yakin bahawa dia sudah berjaya menghasilkan nasi kandar yang sebenar serta memenuhi citarasa ramai.

Rakyat Malaysia mempunyai pandangan berbeza

Bagaimanapun warga maya, khususnya dari Malaysia mempunyai pandangan berbeza dengan kenyataan yang dibuat oleh Stefani.

Antaranya, mereka melihat kuah nasi kandar yang dihasilkan oleh Stefani kelihatan cair dan tidak cukup surr. Ada juga yang berpendapat nasi kandar versi Stefani itu hanyalah hidangan nasi putih kuah kari biasa sahaja.

Selain itu, ada juga yang mempertahankan resepi nasi kandar Malaysia. Kata mereka, ada kedai nasi kandar asli misalnya di Pulau Pinang menggiling sendiri rempah ratus yang digunakan.

BACA: Nyawa Hujung Tanduk, Lelaki Cemas Tergelincir & Menggelongsor Saat Daki Gunung

Sumber: Liputan6

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.